Pages

Wednesday 31 March 2010

10 karakter utama wanita Islam


1) Salimul Aqidah, Bersih Aqidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.
2) Sahihul Ibadah, Benar Ibadahnya menurut Al-Quran dan As-Sunnah serta terhindar dari segala bid'ah yang dapat menyesatkannya.
3) Matinul Khuluq, Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat menyakinkan semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatun Lil-Alamin).
4) Qawiyul Jismi, Kuat Fizikalnya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/anugerah dari Allah SWT.
5) Musaqatul Fikri, Luas Wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menerima pelbagai informasi serta perkembangan yang terjadi di sekitarnya.
6) Qadirun 'alal Kasbi, Mampu Berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.
7) Muhajidun linafsihi, Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan ataupun kejadian hingga menimbulkan kebaikan pada dirinya ataupun orang lain.
8) Harisun 'ala waqtihi, Kecekapan dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya seorang yang pantang membuang waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetik pun. kerana waktu yang kita lalui sepanjang hidup ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.
9) Munazham Fi Syu'unihi, Teratur dalam urusannya hingga menjadikan kehidupannya sempurna dalam segala hal yang menjadi tanggungjawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan cara yang baik.
10) Nafi'un Li Gharihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seorang yang bermanfaat dan diperlukan. Kewujudannya akan menjadi kebahagiaan bagi orang lain dan ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.

Mudah-mudahan dengan 10 karakter yang dikemukakan di atas menjadikan kita lebih bermotivasi diri untuk dapat merealisasikannya dalam kehidupan kita. Amin



No comments:

Post a Comment