Pages

Friday 13 March 2015

5 Life Update part 1.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

Setelah setahun baru tepikir mahu update blog. busy bebeno cik phaahnah ni ya. Sepanjang setahun ni macam2 terjadi dan alhamdullilah masih dikurniakan kesihatan yang baik. Hehe. Entry kali ini nak menceritakan 10 life update sepanjang setahun ni la. Dah jarang update blog kan kenalah terus life update kan.. bismillahirohmanirohim.

1. Anak buah : Alhamdullilah dah 4 orang

Bukan anak kandung..anak buah ya...Anak buah yang sentiasa menceriakan hari-hari seorang makcik bila cuti semester. Kalau balik cuti semester,jangan harap lah nak kerja part time ke hapa..memang x akan dibenarkan oleh beliau .. memang aku lebih digalakkan menjaga anak2 abang & kakak aku oleh kerana aku sajalah harapan mereka kalau part menjaga2 ni... best apa jaga budak-budak walaupun ada ketika nya mereka sangat la hyper sehinggakan tekeluar suara singa aku... tapi kalau mereka xdak kat rumah konfem krriiikk2 sajalah rumah tu..


Fawwaz Zhaqirin bin Mohd Khairul Redzuan
Nur Nadhirah Bt Mohd Khairul Redzuan

Muhammad Faqehuddin Bin Hardi
Nur Fatehah Aeisyah Bt Hardi.

2.  Dikelilingi sahabat yang Awesome.

Alhamdullilah.. masih dan sentiasa dikelilingi sahabat-sahabat yang sememangnya sentiasa ceria . Memang ada ketika kita akan berasa tidak puas hati la..cepat terasa la..tapi biasalah memang macam tu kan adat berkawan.. ada hari-hari yang pasang-surut nya.. tidak selalu nya indah..ecece bibie bermadah pulak.

Daling - Daling 
*tiada dalam gambar - Anna Ryana & Ecek


*Kawan stay-up sampai pagi siapkan project dan kawan makan nasi bujang..haha

3. Adhoc Sabah .

Setelah dua tahun memegang jawatan exco dalam Adhoc Sabah akhirnya semasa semester 5 jawatan tu dilepaskan kepada adek2 yang bakal memegang jawatan dalam Adhoc Sabah. Selama dua tahun memegang jawatan, sememangnya banyak kenangan manis dan sangat la sedikit kenangan pahit bersama keluarga Adhoc Sabah ni. Junior dan Senior silih berganti..Junior datang Senior pergi... program-program yang hebat2 belaka. Apa yang penting dalam keluarga Adhoc ni, berkawan macam keluarga supaya setiap hari kita mencipta memori dan kenangan supaya kalau kita habis belajar,kita masih ingat adik beradik kita dalam Adhoc tu.*panjang pulak ko membebel ni bibie.


BBQ AJK & Atlet Sukipt 2014 


Sukipt 2013


Sukipt 2014


Dinner 2013


GBOSS 2014


Steamboat bersama adek2


Pertemuan pertama bersama adek2 junior Sem 1 2014

4. Pengiring Muzik Konvokesyen - Gamelan.

Alhamdullilah, diberi peluang menjadi pemain muzik konvokesyen 2 tahun lepas. Walaupun sebenarnya tidak lah mahir sangat pun tetapi mungkin aku dipilih sebab aku jak satu-satunya pemain kempul dalam kelas gamelan.sebab tu la kali dipilih sama cikgu kan. Memang best la bila dalam seminggu berlatih dan dan menjadi muzik pengiring masa konvo hari tu.. sampai habis jak latihan waktu malam sampai bilik terngiang2 muzik gamelan...kadang2 seram la jugak kot, Apa-apa pun terima kasih cikgu sebab pilih saya.


Bibie De Kempul


Kawan Gamelan


Kawan paling happy bila part makan 

5. Reunion SMAS setelah bertahun-tahun tak jumpa.

16/8/14 - Gigih ba masih ingat tarikh ni sebab tarikh hari jadi Ustaz Din kan.. aku ni jenis yang cepat ingat birthday orang terumatanya orang2 yang penting la..kalau yang ndak penting tu haremmmm la kan... Terima kasih pihak sekolah sebab menganjurkan program Mega Raya Smas  . Ala-ala Reunion la kan tapi masa ni dibuat masa hari raya... Kalau tiada program macam ni memang tidak la tu aku datang pi sekolah walaupun jarak sekolah dengan hanyalah 105 langkah . Disamping jumpa kawan2 lama, super duper senior , junior comel-comel , ustazah cikgu2 yang masih legend dan lain-lain...boleh la kadang2 teringat memori semasa jadi budak skema waktu sekolah dulu.. ya la kan.. kalau kita p kantin teringat la kita yang mee goreng kantin ni pernah menjadi kegilaan budak smas,kalau p pondok pengawal,teringat la pulak terpijak ekor kucing gara2 tengok secret admire kan..kalau p koperasi sekolah, teringat 2 tahun jadi budak koop layan student beli eskrim ustaz asmin yang sedapps.*dah bibie,macam kenangan mu pulak tu kan :p


Suasana semasa Mega Raya SMAS


Masa tingkatan 1 Ust Roslan Penolong Kanan, sekarang Pengetua da.


Semua ex-Smas.


Kakak Senior 2008  :p





Setakat itu la "5 life update" sebagai tanda menyapukan sawang2 yang besarang dalam blog.InsyaAllah ada masa *ntah bila masa mu ada bie , akan ada lagi part 2... macam berepisod pulak kan. Setakat ni, ini dulu sebab malam ni kena tidur awal , esok ada discussion pastu p expo 3K..kihkih . Happy Reading.