Pages

Thursday 5 November 2020

Sedeqah is MAGIC

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

    Apa khabar my silent reader.. tidak juga kamu bosan di rumah. Maklumlah sekarang ni PKPB dan tempatku sekarang PKPD .InsyaAllah lagi beberapa hari tamat dan mudah-mudahan lah tidak di sambung tu PKPD sebab rindu mahu morning walking 1 jam di luar rumah selepas subuh.

     Nampakkan tajuk di atas. Sebelum aku lupa, aku mahu berkongsi mengenai sedeqah. Apa itu sedeqah? Sedeqah itu "pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan niat kerana ALLAH s.w.t" . Sedeqah itu tidak kisah la pemberian itu sama ada wang , barang-barang, ataupun yang paling ringan ialah SENYUMAN. :) (*sila senyum sekarang,sebab orang yang menulis ni sedang senyum ni)

    Ok, aku tidak mahu ulas panjang lebar pasal sedeqah ni sebab rata-rata kita ni pun faham apa itu sedeqah. Tinggal kita jak ni sama ada mahu jadi orang yang memberi ataupun orang yang menerima. Bak kata pepatah " Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima" maksudnya apa " orang yang memberi itu lebih MULIA berbanding orang yang menerima" 

Berbalik kepada tajuk diatas. 

    Kelmarin 4 Nov , oleh kerana elaun kafa ku sudah masuk jadi aku akan asing-asingkan duit elaun kafa ku. Jumlah ni aku mahu bagi umi, jumlah ni aku mahu bayar elektrik atau air , jumlah ni aku mahu masukkan dalam akaun tabung haji ku dan bayar hutang sebagainya. Oleh kerana waktu PKPD ni aku jarang keluar, jadi aku pun asingkan la juga jumlah untuk aku sedeqah kan kepada mereka yang memerlukan.

    So, kelmarin aku bagi la beberapa jumlah untuk umiku, RM 50 tabung haji ku dan sedeqah orang yang memerlukan. Aku tidaklah bagi banyak mana sama umi tapi alhamdullilah, apa yang umi ku mahu aku akan penuhi. Kamurang mahu tahu apa yang magik, baru jak kelmarin aku keluarkan beberapa duit ku untuk sedeqahkan tup tup Allah bagi berita gembira pada hari ini yang tidak disangka-sangka . Daripada RM50 tu, Allah bagi 10x ganda apa yang aku sedeqahkan. Alhamdulillah syukur.Bayangkan tidak sampai pun 24jam aku bagi tu, Allah hadiahkan kan lagi 10x ganda daripada RM50 tu. Agak-agak berapa?

    Tiba-tiba tadi dapat mesej daripada penyelia yang kami guru zakat dapat ONE OFF. Ya Allah, syukur Alhamdullilah.

   Sebab itu la orang yang rajin bersedeqah ni, makin banyak dia sedeqah makin kaya la dia. Mungkin kita tidak nampak kaya nya tu dari segi duit ka, ilmu ka, budi pekerti ka. Aku bukan maksud aku ni rajin bersedeqah, kadang-kadang jak. Kalau ada duit lebih sikit, aku hulur la berapa banyak yang boleh aku bagi. Kita tengok Ustaz Ebit Liew antara salah seorang yang dermawan dan rajin bersedeqah makin dia bersedeqah makin kaya dia kaya wang ringgit dan kaya budi bahasa.Dia juga orang yang pertama yang bergerak kalau ada apa-apa musibah. 

    Dia orang yang pertama mencari orang-orang yang perlu dibantu tidak kira wana kulit, bangsa , tua muda. Dan banyak lagi. Sebenarnya ada ramai lagi orang seperti Ustaz Ebit Liew ni, cuma kita tidak nampak, dia lakukan secara sembunyi nahh itu lagi lah bagus. Macam Arwah Abam Bocey dan Arwah jutawan kosmetik yang meninggal akibat kemalangan tu. Bila kita sudah tiada, maka muncul lah orang-orang yang pernah kita bantu,orang yang pernah kita tolong walaupun pertolongan yang kita hulur tu hanya sebesar kuman jak tapi besar disisi orang yang menerima.

Oklah. itu sahaja perkongsian daripada tuan blog ni mengenai sedeqah. Teruskan berbuat baik dan memberi manfaat kepada orang. Semoga kita sama-sama berjiran di syurga firdaus nanti.InsyaAllah.






Monday 2 November 2020

Hello November 2020


Assalamualaikum w.b.t blog yang sudah bersarang labah-labah ini..


Macam agak lama jugak kan tidak menulis blog ini dan banyak sekali update dari blog berbanding dulu-dulu punya. Dulu kan biase-biase sekarang bukan biase-biase.Hahahhaha

 InsyaAllah mulai saat ini, mulai tahun ini, kalau rajin tu datang boleh la update blog ini selalu.

Sebenarnya best juga ada blog ini sebab kita boleh meluah apa yang di rasa dan semestinya ada yang menjadi silent reader. Gambar-gambar di h/p pun makin lama makin banyak. Mahu letak di Instagram pun kadang2 macam malas . 

Bah, nanti my silent reader tunggu update la ya sebab sekarang mahu selesaikan kerja penting dulu.

Okay.Assalamualaikum.