Pages

Sunday 27 June 2010

Saja mo coreT..

today..tdo jak du bilik bha...nda la ku taw pa mo wat..kul 5.25am..nda lma g subuh..bgus nda pyh tdo..nnt klu tdo nda larh tu terbangun...
Waw..Argentina !!! u will the champion sEyh...sekarang kan musim bola..aQ sokong Argentina..ala..sokong gitu-gitu jak bha...lgpun aQ bknnya kenal pemain-pemain Argentina..yg ak kenal pun Messi..e2 pun nda taw mukanya mcm mn...gembira btul al dapat kalahkan c 'Blinjo tawau " e2 nem nya d fB..lupa sda ak pa nem pnuhnya..yg penting ex-Bf my sis ar...nda pasal-pasal dya nnt blnja ak mkn blinjo..hehehe..e2 pun klu nnt raya terjumpa la..nda bha jg mengharap sangat..

Saturday 26 June 2010

Peritnya bermujahadah !!




Semenjak akhir-akhir ne...buzy betul ak dengan kehidupanku di kampus..assignment , kelas , kuliah,presentation and kumpulan usrah...jika dulu,xda ne klas kol 6.30am..tapi sekarang kul 6.30am ada sda kuliah...mmg kadang-kadang penat la ..berkejar sana sini kelas n kuliah..mmg begitu sepatutnya kehidupan kampus..bkannya dok dibilik jak...skrang sda mo msuk mggu kelapan...mggu depan midterm sda..midterm untuk kaedah pengajaran b.arab ari rabu jam 6.30 am..tkut ne klu nda terbangun..mggu depan juga exam DPIJ....ya ALLAH..bru sekarang aku merasakan betapa peritnya hidup bermujahadah..AQ ingat 2 kata c pOtOn..masa aku mo blik sandakan ari 2..dya kan g airport amik c apiz..katanya..
poton :  ko ne bie..buang duit jak bha blik sandakan..
 1 minggu jak kan cuti...

bB : riindduu bha sda mamaku ma aku..lgpun mmg mamaku suh ak blik ..

poton : itulah sebenarnya kita hidup di negeri orang ni,Allah uji kita hidup bermujahadah

time ne trus aku ilang kata-kata taw..betul jugak pa kata c poton..tapi apa boleh dibuat b4 shotsem ari 2 g ak bli tket takkan mo hapus..klu hapus,hangus la duit..sia-sia jgk la ak bli tket 2...

sekarang jgk bnyk btol mo gna duit...mmg btul skrg btul2 ak kerink..tinggal brapa engget jak ne dalam PURSE..kesian c ana,kdg-kdg  jd mangsa ku pnjam duit..pa ble wat...mmg dya orang pLing dekat disini..Sbr ya ana..ak byr blik jg tu duit mu nnt...

betul ar..mmg skrg bru rasa hidup susah..dlu masih ble sng-sng..skrang...???!!! makin lama aQ terasa diri ini bermuhasabah sendiri..tension jgk dipikir-pikir..pelajaran dlu diutamakan..jgn la dlu cari pasangan..insyaALLAH,ALLAH da tetapkan sda 2..sampai masanya,adalah tu seruNYA..SUBAHANAALLAH...Indahnya ciptaanmu...

Saturday 19 June 2010

My Daddy My Hero

today..i wish for my beloved father..Happy Father Day... riinnnddduuunyyaaa sma bapaku..pa la dya wat sekarang r....kata orang,my face like him..suke2....My daddy ne suka betul ceramah ustaz das'ad latief ceramah-ceramah agama la..ari tu time ak pulang sandakan ,punya main gelak besar bapa ku time dya tgk ceramah tu...besa la bha 2 kan...gambar ne c Abg gai ambil curi-curi time raya di rumah pakcik ..sapa ya nama pakcik..aduii lupa sda,..yang penting pakcik rumah banglo di Kunak 2..
apa-apa pon mudah-mudahan bapa ku sentiasa istiqomah dalam segala perbuatannya..InsyaALLAH..Ya Allah,permudahkan ayahku serta ibuku dalam menjalankan kehidupan mereka..sayang kanlah mereka sebagaimana mereka menyanyangi sewaktu kecil lagi..jadikanlah kami keluarga yang sentiasa mengikuti segala perintahmu dan menjauhi segala langanmu..amiinnn ya robbal alamin....

G.e.r.i.g.a.w....

15 jun 2010...bersamaan dengan 2 rejab.....ahli kumpulan ku dalam subjek teknologi pendidikan yang terdiri daripada kak jah , kak citiey n Dila...dengan air muka yang tenang dan hati yang penuh gerigau menyiapkan tugasan yang baru di berikan oleh Tuan Hj Rekkeman...mLm ne insyaAllah kena present,sbb e2 la gerigau..tkut kmi buat 2 ada yg salah msuk ag...ish3x...tP xda aku gmbar c kak jah..adalah tp e2 pun gmbr dya sorang2..c kak tiera n syuhaira kumpulan lain..mudah-mudahan kmi punya present diterima oleh Tuan hj..nda lama lek bha midexam..tkut beno ak...
                              Bb wake up Now !!!!
                              nO time to Sleep..sLeep...Shopping..
                              it'S time for Back to Mujahadah as a                                             Mahasiswi ...
                              so,Stdy Now b4 late...

Sunday 13 June 2010

m0tivasi..motivasi..

( Farhana , Farhana , Farhanah )
12 jun 2010..seramai lebih kurang 50 orang siswi join program motivasi mengenai gejala sosial di TTDI JAYA di SHAH ALAM..aku ada diantaranya bersama rakan-rakan lain...Sebenarnya program ne,pihak JPM khususkan utk bdk permib jak tapi..oleh kerana bdk permib ramai yang xmo ikut so bdk2 smenanjung pun boleh jg ikut...best  btol program..plg tu tem sesi 3 sbb penceramahnya ust sheikh ismail ka yang namanya 2..lupa sda ..yg penting dya slalu bg ceramah di AL-KULLIYAH n AL_HIDAYAH...bnyk input-input berguna untuk ak n input-input ne boleh ak gunakan sepanjang aku menjadi naqibah untuk sem ne..amiinn~~...

( kawan yang terchenta pon join juga program ne !! )
love u fillah

Maaf.. dah bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.




Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


............ ......... ......... .........


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.


Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.


Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

************ ********* ********* ********* *******
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

( Nota dari nuraini dahlan )

Sunday 6 June 2010

Naqibah !!! ???

Selasa lalu,ada member ahli usrah ku sms aku..dya cakap..bB nk x jd naqibah utk kump kte../!!adoiii..time ne...punya main buntu aq..mnelefon la aku c kak dila..kira orang yang lebih tua dlm kump kmi tu la..dya pon suggest ak..pkir punya pkir..terima la kesuggest dorang tu..tapi ak cakap la..bB jadi nqibah tapi kte wat sma2 ya sbb bB pon nk bljr smua benda2 gne ne..start tu,ak g la lapor diri sbg nqibah..salah satu masalah diri ku lg,ari jumat lepas,sbnrnya ada taklimat usrah di PKK..punya men ak nda hadir..tidur ak dibilik lgpon time tu ak mmg nda larat bgun selesma n batuk2..skrg musim panas di slngor ne..sbb itu la..punya men ak gerigau time ne..Ya Allah,permudahkanlah urusanku dalam memimpin orang lain...sbnrnya,aq pun nda kuat sgt dlm bab memimpin orang lain sbb aku pun memerlukan pimpinan orang lain..aQ masih dalam pencarian menjadi muslimah solehah..solehah dalam perbuatan,tutur kata  n penampilan..skrang ne ak masih x knl sapa aq..ak rasa ak bukan bB semasa sem 1..sbb time sem 1 ak owez join halaqah d masjid n berbuka puasa d masjid..tp skrg..???nda taw la mcm mn...sem ne amat mencabar bg ak..sbb bnyak study b.arab..ak mmg minat b.arab sbb impian ku ak maw mlanjutkan pelajaran d timur tengah..nda kisa la dmn mn pon..jordan , mesir , morocco , madinah...dll....sem ne ada dua subjek full arabic..dua islamic...mo jadi ustzah kan..bukannya senang..kena arif dalam fardhu ain n alquran wa tajwid..sem ne pon kena hafal surah sajdah n juzu' amma..uit na,time smas dlu aku main  dlm hafal surah sajdah..dlu hafal pon nda habis...stgh cia dihafal..tgk skrg..akibat malas hafal..hah..ini lah jadi nya..aduii..lari dari topik lek..bha..ne la salah satu pngajaran buat hamba ALLAH iaitu aku sendiri...insyaALLAH dengan iringan doa umi n bapa tersayang..mudah-mudahan aku tidak menghampakan mereka berdua dan tidak mensia-siakan duit yang ditaburkan dalam pendidikan ku disini..amin insyaALLAH