Pages

Friday 18 May 2012

Eh , ada bungkusan la !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 bismilahirohmannirohim....
 Last saturday , umi ku ajak g jemputan kawin jiran sebelah sebelah sebelah rumah.. sebelum pergi tue , tetiba si baby nangis la pulak nak susu then his mom sedang solat.So , my umi pun menyanyi-nyanyikan lagu untuk si baby sambil bagi dia minum susu.. Masa tu , keberadaan ku di luar rumah sambil menunggu my umi keluar dari rumah dan  pergi ke majlis kawin tersebut ( agak semangat disini ).
Oleh kerana agak lama untuk my umi keluar rumah , aku putuskan untuk stay diluar rumah dan bermain-main camera dengan  Pak Sony E ..

Hampir 10 kali snap aku bergambar bertemankan dengan Pak Sony E. Tiba-tiba..Saspen...saspen.. saspen
tit..tit..tit..tit... eeh , abang posmen datang la... aku yang memang sudah sedia duduk luar ni pun jumpa dengan abang posmen tersebut memang aku rasa kiriman tu aku yang punya sebab bungkusan yang aku dapat tu memang aku ada kirim sama orang kalau bukan si kawan ( Lia Julyana ) mesti si novelis ( kak fatimah Syarha ) .. Aku pun tak sabar-sabar menandatangani apa yang abg posmen tu suruh... dan abang posmen bagi bungkusan tu sama aku dan aku melihat bungkusan itu

Daripada : 


 Kak Fatimah Syarha , terima kasih Allah , Wo ai ni Allah , Sukur alhamdulilah tidak aku sangka secepat ini buku yang aku kirim sampai..padahal baru hari khamis hari tu aku g bank beli ini buku..


 Wahhh , bertambah teruja  siap ada sign lagi oleh husband and wife novelis ni..
Kak Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi

 yezza , aku sudah dapatkannya , Alhamdullilah.. tak sabar mahu baca...
" Cinta High Class "

  
Memulakan pembacaan dengan mukadimah nya... Wahhh , sangat best Terujaaa lagii ...

notakaki : Novel sebarkan cintamu sudah khatam sekarang beralih ke novel Cinta high class pulak.. Terima Kasih kawan ( Syaqinur Ain ) sebab bagi pinjam novel , dalam masa yang terdekat ini aku akan kasih balik novel mu k...

Friday 11 May 2012

Saya & Murid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

9 Mei - Alhamdullilah wa syukurriah , akhirnya tamat sudah kontrak aku sebagai guru ganti di SK Merpati Sandakan. Selama 2 bulan aku bekerja menggantikan Ustazah dan alhamdullilah , aku berjaya juga melepasinya.. Sekolah ini aku ajar subjek Pendidikan Islam tahun 2 , tahun 4 dan Prasekolah.. Syukur jugak masa di Sekolah gumgum hari tu aku ajar budak prasekolah jugak ni sedikit sebanyak pengalaman tu ada.. walaupun kekadang kalau dua kelas bergabung , agak sukar mengawal mereka dan suara-suara harimau agak diperlukan disini supaya budak-budak tu dengar cakap sikit , kalau setakat suara-suara burung , alahai...main kejar-mengejar la kau dalam kelas..

Tapi tidak semua moment tu sweet , ada juga yang x best nya bila... kelas sudah huru hara means xdak kawalan kelas la, huu , huru hara jadi nya, kejar orang tu , kejar orang ni , last-last suara harimau juga digunakan masa tu , tapi alhamdullilah semuanya undercontrol.. dan one things again , aku paling tak suka if ada murid tidak bawa buku ..sebab , jika mereka tidak bawa buku susah la maw belajar tapi jika asyik guna kertas jak menulis lama-kelamaan kertas tu pun jadi pembungkus nasi kuning.aduuii tetiba lapar pulak sebutsebut nasi kuning ni..

Paling best ... cikgu-cikgu disana memang best , sempoi .. garang-garang tapi lucu .. yang paling tak sangka , guru ku semasa Tahun 6 di St.Monica ada mengajar di Sk.Merpati , nama cikgu tu Cikgu Razlina Karman .. memang cikgu tu dulu aku minat..tak sangka dapat jumpa dia lagi.... Antara ramai-ramai cikgu di Sk.Merpati , ustazah Yohaizrin yang paling aku rapat , apa taknya , dya duduk depan meja aku..mestilah rapat tanpa diminta..haha .. selain itu , kami ada pengajaran bersama tapi xlah sama-sama masuk dalam 1 kelas sebab aku malu kalau ditengok mengajar .. Choiiii .. Selalu kongsi-kongsi cerita paling tu korea dan kereta .. hahaha..  

Zaaaassssssssssss !!
murid prasekolah sedang mewarna si kucing alif ba ta

Akma : Ustazah , boleh ka telinga kucing warna pink ?
Me : Boleh akma... xda warna pun xpa ..

Hanis ( tangan menjulur ) : Siapa punya pensel warna ni ?
Putie ( melihat di tepi ) : Sini , biar aku pakai ..

hi , nama saya Syahera .. hari ini kita belajar dua kalimah syahadah k.

" 1 jari .. 1 jari ..  1 jari Allah Bagi
tunjuk atas tunjuk bawah 
Tepuk tangan tet tet tet .." 
( lagu Jari yang paling diminati ramai konon =.= ' )

4 Efektif , peace yo =.= ^

i love jawi .. pandai Quran , pandai jawi

4 Inovatif -  bertungkus lumus menyiapkan kerja rumah jawi
siapa cepat dapat coki coki 

4 Efektif - " 4 jari 4 jari 4 jari Allah bagi
                 tunjuk atas tunjuk bawah
                tepuk tangan tet tet tet tet "

Maaf kabur la pulak , akibat maw cepat keluar , snap pun cepat-cepat sampai kabur
( Faezah , Ain & Syazleen )

1 murid 1 sukan = Dulu aku belajar volleyball dan sekarang aku pengajar volleyball
teringat zaman dulu dulu terasa sebak la pulak :l
4 Inovatif yang super duper ceriaaa....
saranghaeyoo <3

nasib baik khat akan diajar masa penggal kedua kalau tidak , hampehh !!
Walaupun tulisan xcantik yang penting idzhar & terang kononn , kasi sedap hati 

Pen Marker berjasa !! terima kasih Mr Marker Pane
Kerana dirimu begitu berharga !!

5 per 5 , ok good boleh dapat coki-coki 1 ..
ye ye ye  :3

Walaupun hanya seposen 1 , pemberian daripada guru tidak sama dengan membeli sendiri di kedai
terima kasih adik Cokicoki , dikau menjadi rebutan semua ...

hikhikhik , tak sah bukan kalau tidak letak gambar ustazah nya yang letak gambar orang lain jak tu..

notakaki : Maaf , takdak la pulak gambar-gambar tahun dua ,  oleh kerana aku selalu tegas dengan dorang sehingga terlupa ambil gambar dorang semasa hari terakhir hari tu...THE END

Alamak .. Macam best jak



GADIS BERNIQAB
By Mohd Masri

Inilah namanya kalau sudah hobi mesti maw....jadi , kumpul duit dan dapatkan buku ini yez yez yez
tak sabar novel " Cinta high class " ini sampai rumahhh .. :3

nota kaki :
                   keterangan lanjut : Baca Sini
                   Cara membeli : Baca Sini

 

Sunday 6 May 2012

Saya mesti dapatkan ini !! :)


Bismillahirohmannirohim...
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh


Aku baru sahaja meninjau-ninjau blog Kak Fatimah Syarha dan aku terjumpa ini.. Dengan ini saya mengumumkan yang Novel Cinta High Class mesti dimiliki ..Yipppiiii

Boleh sudah beli online..hanya RM25 sahaja..

Novel ini merupakan sambungan daripada novel pemilik cintaku & Denyut kasih medik..  So, agak terlepas jika tidak baca nocel CINTA HIGH CLASS..
 notakaki :  Now , mesti habiskan baca novel "sebarkan cinta-Mu" by Fatimah Syarha..