Pages

Monday 15 June 2015

Terima Kasih DR. N



Assalamualaikum w.b.t

Secara tiba-tiba malam ni rasa mahu update sesuatu dalam belog kiteee... *😁

Saya ada seorang pensyarah yang semamangnya baik dan sangat caring sama student2 dya . Mula mengenali beliau semasa semester 2, beliau ajar subjek HCI. Subjek tu subjek killer kot tambah2 lagi Dr. N yang ngajar. Memang dari semester 2, asal aku masuk kelas HCI mesti jantung tu dupdapdupdap. Padahal bila dah dalam kelas dya, selalu jak pun memancing.. *😴 . Pastu bila semester 5 ni pun, jumpa lagi dengan DR N, walaupun pada awalnya memang mengelak kalau dia yang ajar.. tapi dah dia jak masa tu lecturer yang mengajar subjek WWW .. kena masuk jugak lah. Subjek WWW ni subjek programming yang fully coding dan of course bila masuk kelas dya,buat project dya, quiz dan final exam semuanya sentiasa buat jantung dupdapdupdap tapi syukur alhamdullilah,akhirnya pass jugak subjek WWW tu.

Sebenarnya Dr.N ni dekat kelas je tegas, tapi kalau rapat dengan dia didalam kelas dan diluar kelas confirm dia bukan seperti yang kau sangka. Kalau diluar kelas,dia seperti seorang kakak yang sentiasa caring dengan adik2 nya dan lagi satu yang aku paling suka tentang DR.N dia tidak jemu memberi nasihat. Ya,macam aku cakap tadi.. Aku pun pernah jadi seorang cikgu, didalam kelas jak garang , tegas macam singa ya la, itu adalah salah satu sifat guru yang perlu ditunjukkan dengan murid supaya murid respect kat guru dya. Kalau dalam kelas kau da ayu-ayuan dan lemah lembut, confirm student akan respect kau hari pertama je,hari kedua dan seterusnya student akan naik kepala. 

4 hari lepas, lepas jak hantar report FYP tu, kami ada lah pi bilik DR. N .. bincang-bincang pasal tempat internship sambil2 melepaskan rindu *ececece ... Dr. N ajak makan sama-sama, ya lah dah final sem kot kami.. jadi tadi baru kami pun bercadang makan kat gerai dekat roundabout tu dengan DR.N. 

Kalau kelaparan memang macam ni, dari tengahari kot xmakan. Hujung2 semester ni kena berjimat sikit. *yalah tu bibie oii

  
Lain juga kalau sudah kenyang.senyum sampai ketelinga... Maaf salwa, tertutup pulak muka hang.

Terima kasih Dr.N sebab belanja kami makan. Terima kasih juga ilmu HCI & WWW. 
Terima kasih atas segala-galanya. InsyaAllah, tahun depan baru jumpa lagi masa hantar report. Saya sayang Dr .... 😘😘😘😘

Ok. sampai sini dulu. baru ada mood maw buat assignment discreet ..hahaha... Sampai ketemu entry yang akan datang. Selamat berpuasa lagi 3 hari.

No comments:

Post a Comment