Pages

Monday, 15 June 2015

Terima Kasih DR. N



Assalamualaikum w.b.t

Secara tiba-tiba malam ni rasa mahu update sesuatu dalam belog kiteee... *😁

Saya ada seorang pensyarah yang semamangnya baik dan sangat caring sama student2 dya . Mula mengenali beliau semasa semester 2, beliau ajar subjek HCI. Subjek tu subjek killer kot tambah2 lagi Dr. N yang ngajar. Memang dari semester 2, asal aku masuk kelas HCI mesti jantung tu dupdapdupdap. Padahal bila dah dalam kelas dya, selalu jak pun memancing.. *😴 . Pastu bila semester 5 ni pun, jumpa lagi dengan DR N, walaupun pada awalnya memang mengelak kalau dia yang ajar.. tapi dah dia jak masa tu lecturer yang mengajar subjek WWW .. kena masuk jugak lah. Subjek WWW ni subjek programming yang fully coding dan of course bila masuk kelas dya,buat project dya, quiz dan final exam semuanya sentiasa buat jantung dupdapdupdap tapi syukur alhamdullilah,akhirnya pass jugak subjek WWW tu.

Sebenarnya Dr.N ni dekat kelas je tegas, tapi kalau rapat dengan dia didalam kelas dan diluar kelas confirm dia bukan seperti yang kau sangka. Kalau diluar kelas,dia seperti seorang kakak yang sentiasa caring dengan adik2 nya dan lagi satu yang aku paling suka tentang DR.N dia tidak jemu memberi nasihat. Ya,macam aku cakap tadi.. Aku pun pernah jadi seorang cikgu, didalam kelas jak garang , tegas macam singa ya la, itu adalah salah satu sifat guru yang perlu ditunjukkan dengan murid supaya murid respect kat guru dya. Kalau dalam kelas kau da ayu-ayuan dan lemah lembut, confirm student akan respect kau hari pertama je,hari kedua dan seterusnya student akan naik kepala. 

4 hari lepas, lepas jak hantar report FYP tu, kami ada lah pi bilik DR. N .. bincang-bincang pasal tempat internship sambil2 melepaskan rindu *ececece ... Dr. N ajak makan sama-sama, ya lah dah final sem kot kami.. jadi tadi baru kami pun bercadang makan kat gerai dekat roundabout tu dengan DR.N. 

Kalau kelaparan memang macam ni, dari tengahari kot xmakan. Hujung2 semester ni kena berjimat sikit. *yalah tu bibie oii

  
Lain juga kalau sudah kenyang.senyum sampai ketelinga... Maaf salwa, tertutup pulak muka hang.

Terima kasih Dr.N sebab belanja kami makan. Terima kasih juga ilmu HCI & WWW. 
Terima kasih atas segala-galanya. InsyaAllah, tahun depan baru jumpa lagi masa hantar report. Saya sayang Dr .... 😘😘😘😘

Ok. sampai sini dulu. baru ada mood maw buat assignment discreet ..hahaha... Sampai ketemu entry yang akan datang. Selamat berpuasa lagi 3 hari.

Saturday, 13 June 2015

Reward untuk diri sendiri.

Assalamualaikum w.b.t

Macam makin lama makin tidak ter'update ni blog kan. Maafkan saya. Final year kan jadi kesibukan tu memang ada ... Sekarang minggu exam. Gap lama ni macam terdetik hati mahu update sesuatu.

2 hari yang lalu ( 11/6/15 ) ,  dengan rasminya FYP dan report berjaya disiapkan. Alhamdullilah...
FYP aku tidak lah se-GAH & se-hebat FYP kawan2 yang lain tapi aku sangat puas hati dengan kerja aku yang hampir 98% hasil keringat ku sendiri, hasil air mata ku , hasil ketawa ku.  FYP ni bukan individual pun tapi group .. Tapi entahlah, malas mahu cakap. 


Masa pandang report & project ni , serius rasa mahu mengalirkan air mata. Sebab kita sendiri yang tahu macam mana susahnya dan peritnya sepanjang buat benda ni.. Dengan sikap partner lagi, asyik kena reject dengan SV lagi dan macam2 lagi... Ya Allah, syukur sangat dah lepas semua benda ni. Rasa ringan terus bahu. 

2 hari sebelum submit project FYP & report ni, roommate aku ada ajak aku pergi Kuala Perlis pekena ikan bakar disana dengan kawan-kawan blok. Mulanya, aku memang tidak mahu pun pi Kuala Perlis tu.. Tapi roommate ajak sekali lagi..aku pun terima la ajakannya tu sebab aku cakap dalam hati; 

Apa salahnya kau reward kan sesuatu untuk diri kau setelah bersusah-payah. *KAN 

Kalau aku, aku suka menrewardkan *amboi bb MANGLISH kau sesuatu selepas berusaha untuk menyiapkan sesuatu kerja atau dapat keputusan bagus dalam exam ka atau dapat kerja ka atau apa2 yang buatkan aku rasa bangga dan berpuas-hati. Sebab aku akan rasa aku patut diberi penghargaan.*HAHA . Tidak kisah lah apa2 bentuk reward yang aku bagi untuk diri aku sendiri antaranya yang pernah buat,aku pergi makan dengan kawan2, shopping , belanja orang dan yang paling worst reward aku buat untuk aku sendiri adalah "tidur" *HAHA




Masa aku buat keputusan mahu join dorang pergi Kuala Perlis, aku ada bagitahu dorang yang aku teringin mahu pergi bendang. So, dorang betul2 bawa aku pergi bendang. Ngam-ngam lagi pada masa tu bendang tu tengah menghijau... MasyaALLAH, cantik. 


Memang senyuman tidak pernah putus lah masa tengok bendang yang menghijau waww waww ni.


Terima kasih korang sanggup tunaikan hasrat sebelum meninggalkan UUM ni. Terima kasih Kak Iera, Zati dan Naza. Simpan memori ni baik-baik tau. Lupa mahu kenalkan, dorang ni kawan blok aku dari semester 1 dan yang tudung hijau ( Kak Iera ) roommate aku.. *hi kak iera.

Okay, daaa.. Sampai ketemu entry akan datang. 

Friday, 13 March 2015

5 Life Update part 1.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

Setelah setahun baru tepikir mahu update blog. busy bebeno cik phaahnah ni ya. Sepanjang setahun ni macam2 terjadi dan alhamdullilah masih dikurniakan kesihatan yang baik. Hehe. Entry kali ini nak menceritakan 10 life update sepanjang setahun ni la. Dah jarang update blog kan kenalah terus life update kan.. bismillahirohmanirohim.

1. Anak buah : Alhamdullilah dah 4 orang

Bukan anak kandung..anak buah ya...Anak buah yang sentiasa menceriakan hari-hari seorang makcik bila cuti semester. Kalau balik cuti semester,jangan harap lah nak kerja part time ke hapa..memang x akan dibenarkan oleh beliau .. memang aku lebih digalakkan menjaga anak2 abang & kakak aku oleh kerana aku sajalah harapan mereka kalau part menjaga2 ni... best apa jaga budak-budak walaupun ada ketika nya mereka sangat la hyper sehinggakan tekeluar suara singa aku... tapi kalau mereka xdak kat rumah konfem krriiikk2 sajalah rumah tu..


Fawwaz Zhaqirin bin Mohd Khairul Redzuan
Nur Nadhirah Bt Mohd Khairul Redzuan

Muhammad Faqehuddin Bin Hardi
Nur Fatehah Aeisyah Bt Hardi.

2.  Dikelilingi sahabat yang Awesome.

Alhamdullilah.. masih dan sentiasa dikelilingi sahabat-sahabat yang sememangnya sentiasa ceria . Memang ada ketika kita akan berasa tidak puas hati la..cepat terasa la..tapi biasalah memang macam tu kan adat berkawan.. ada hari-hari yang pasang-surut nya.. tidak selalu nya indah..ecece bibie bermadah pulak.

Daling - Daling 
*tiada dalam gambar - Anna Ryana & Ecek


*Kawan stay-up sampai pagi siapkan project dan kawan makan nasi bujang..haha

3. Adhoc Sabah .

Setelah dua tahun memegang jawatan exco dalam Adhoc Sabah akhirnya semasa semester 5 jawatan tu dilepaskan kepada adek2 yang bakal memegang jawatan dalam Adhoc Sabah. Selama dua tahun memegang jawatan, sememangnya banyak kenangan manis dan sangat la sedikit kenangan pahit bersama keluarga Adhoc Sabah ni. Junior dan Senior silih berganti..Junior datang Senior pergi... program-program yang hebat2 belaka. Apa yang penting dalam keluarga Adhoc ni, berkawan macam keluarga supaya setiap hari kita mencipta memori dan kenangan supaya kalau kita habis belajar,kita masih ingat adik beradik kita dalam Adhoc tu.*panjang pulak ko membebel ni bibie.


BBQ AJK & Atlet Sukipt 2014 


Sukipt 2013


Sukipt 2014


Dinner 2013


GBOSS 2014


Steamboat bersama adek2


Pertemuan pertama bersama adek2 junior Sem 1 2014

4. Pengiring Muzik Konvokesyen - Gamelan.

Alhamdullilah, diberi peluang menjadi pemain muzik konvokesyen 2 tahun lepas. Walaupun sebenarnya tidak lah mahir sangat pun tetapi mungkin aku dipilih sebab aku jak satu-satunya pemain kempul dalam kelas gamelan.sebab tu la kali dipilih sama cikgu kan. Memang best la bila dalam seminggu berlatih dan dan menjadi muzik pengiring masa konvo hari tu.. sampai habis jak latihan waktu malam sampai bilik terngiang2 muzik gamelan...kadang2 seram la jugak kot, Apa-apa pun terima kasih cikgu sebab pilih saya.


Bibie De Kempul


Kawan Gamelan


Kawan paling happy bila part makan 

5. Reunion SMAS setelah bertahun-tahun tak jumpa.

16/8/14 - Gigih ba masih ingat tarikh ni sebab tarikh hari jadi Ustaz Din kan.. aku ni jenis yang cepat ingat birthday orang terumatanya orang2 yang penting la..kalau yang ndak penting tu haremmmm la kan... Terima kasih pihak sekolah sebab menganjurkan program Mega Raya Smas  . Ala-ala Reunion la kan tapi masa ni dibuat masa hari raya... Kalau tiada program macam ni memang tidak la tu aku datang pi sekolah walaupun jarak sekolah dengan hanyalah 105 langkah . Disamping jumpa kawan2 lama, super duper senior , junior comel-comel , ustazah cikgu2 yang masih legend dan lain-lain...boleh la kadang2 teringat memori semasa jadi budak skema waktu sekolah dulu.. ya la kan.. kalau kita p kantin teringat la kita yang mee goreng kantin ni pernah menjadi kegilaan budak smas,kalau p pondok pengawal,teringat la pulak terpijak ekor kucing gara2 tengok secret admire kan..kalau p koperasi sekolah, teringat 2 tahun jadi budak koop layan student beli eskrim ustaz asmin yang sedapps.*dah bibie,macam kenangan mu pulak tu kan :p


Suasana semasa Mega Raya SMAS


Masa tingkatan 1 Ust Roslan Penolong Kanan, sekarang Pengetua da.


Semua ex-Smas.


Kakak Senior 2008  :p





Setakat itu la "5 life update" sebagai tanda menyapukan sawang2 yang besarang dalam blog.InsyaAllah ada masa *ntah bila masa mu ada bie , akan ada lagi part 2... macam berepisod pulak kan. Setakat ni, ini dulu sebab malam ni kena tidur awal , esok ada discussion pastu p expo 3K..kihkih . Happy Reading.

Saturday, 3 May 2014

Ana Farhana turns 23th

Assalamualaikum w.b.t 

haaaaaiiiiiiiii kamuuu.. *sambil lambai-lambai tangan ... sihat ?? mudah-mudahan sihat la hendaknya ya...

setelah sekian lama tidak hapdet blog, dan sekarang timbul rasa keinginan maw tulis blog yang telah lama tertangguh... banyak cerita ni maw dikongsi-kongsi  ni... sekarang baru ada masa ok...

Sebenarnya aku lupa bila kejadian ni... mungkin sebelum cuti midsem kali .. dalam awal-awal bulan april atau akhir mac..okey, seriiuussss lupaa *dua-dua tangan pegang kepala..

Alkisahnya... seperti biasa , aku dan kawan-kawan aku maw sambut birthday Ana Farhana yang tertangguh hari tu.. Hari lahir nya pada 17 Mac yang laluuuu.... tengok betapa lamanya kan.. sekarang bulan 5 baru ada masa update blog... *buzy...buzy...buzy

Surprise ?? ofkos la ada ... sebab tu kami tak suka sambut tepat hari lahir nya,, jadi kami cadang buat hari lain..  yesss aku ingat.. hari yang kami sambut tu.. hari selasa... sebenarnya langsung x dirancang maw buat surprise macam mana..tapi Allah datangkan idea yang baik punya untuk men'surprise-kan kawan comel saya ni " Ana Farhana ...

Aina , Kasz dan Jujut pada masa tu memang tengah buat kerja di bilik SAC dan ada la juga kawan yang lain.. jadi aku ni datang menyebok jak..haha..*bole ka macam tu.. 
Tepat juga pada masa tu , c Ana ni maw datang lepak-lepak dengan kami di bilik SAC... melepaskan rindu la setelah berminggu-mingguan tak jumpa...  jadi disitu la aku,Aina,Kasz dan Jujut ni start buat planning men'surprise - kan c Ana..

Aku dan Kasz pi Mall , tujuan utama beli makan malam dan ada urusan di kedai komputer.. konon,habis semua urusan tu , kami p beli kek ... masa tu..mula-lah sms c Ana mana sudah keberadaannya .. sampai la dia maw sama-sama dengan aku p bilik SAC...hahh sudah ?? nasib baik masa tu dia tak tahu yang Kasz ada sekali sama aku.... Order makanan sudah, tinggal kek lagi belum.. aku dan Kasz p beli kek ... masa tengah cari kek tu.. tiba-tiba ada sms masuk..

** ting tong **
Ana : mana ko .. aku depan bank islam sudah ni..

( Aku dan Kasz mula gabra suda ni... jarak antara Bank Islam dan Kedai kek sangat la dekat..
kalau c Ana tiba-tiba jalan lalu kedai kek konfem kantoi ni.. )

aku pun balas sms c Ana .

Aku : jap ya.. kasi keluar duit dulu di BSN.

(fuhhh nasib baik depan kedai kek , BSN.. jadi senang buat ayat )

aku pun tinggalkan si Kasz , 1 orang di Kedai Kek ... konon-konon p BSN jap... pastu baru p Bank Islam jumpa Ana.. sekali jumpa Ana, buat dont know jak... pastu kami sama-sama p tunggu makanan siap baru gerak sama-sama p bilik SAC.

Masa ni , Kasz sudah sampai bilik SAC dan mereka-mereka disana prepare la apa yang patut. Masa aku dan Ana sampai depan bilik SAC , tengok bilik tu gelap...  

Ana : Napa bilik ni gelap ?
 Aku : mungkin dorang tengah layan movie..
Ana : oo... ( *percaya )
Aku : jom la masuk.. (*suruh c Ana yang dulu masuk )

Si Ana pun membuka pintu... dannnnn

**Tara**

Kasz , Jue , Eyna : Happy Belated Anna...
Ana : *muka terkejut 
aku : hehehe
Ana : eee... percaya sudah aku si Bibie cakap yang kamu tengok movie...ceit...

---------- Mission Accomplish -----------

Begitulah al-kisahnya macam mana si Anna surprise... kan Ana kan... terkejutkan kann... ahahhaha... 









notakaki:
#1  Selamat Hari Lahir Anna Sayang ...  :3
#2 Semoga impian mu maw jadi bussiness women tercapai... Aminn
#3 Sentiasa tingkatkan hubungan kita sama Allah dan rasul-Nya..
#4 Cepat-cepat kawin.... hehe
#5 Semoga ukhuwah kita akan kekal dan tiada penghujungnya... bertemu di dunia... bertemu juga di Akhirah sana...
#6 Sayang ko .. muahhh muahhh *flyingkiss

Friday, 7 March 2014

JuJut . Selamat hari jadi !


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat..


Lama tidak update blog ni tuan..Apacitaaa !! pasaiipaa !! 

Relax la kawan...masih ada lagi yang lebih penting dan sangat penting berbanding menulis entry..kahkahkah.

Kembali kepada tajuk diatas.


- Watak Utama : Jumarni a.k.a Jujut - 

Minggu lepas aku dan kawan-kawan aku yang lain membuat onar untuk men'suprise kan hari jadi sahabat seorang ni. Namanya Jumarni Moh Amin atau lebih dikenali sebagai Ecie,Jue atau Jujut.Jujut tu aku jak yang panggil dia begitu. Sebenarnya harijadi dia 23 Febuari yang lalu, tapi takkan la mahu suprisekan birthday girl pada hari yang sama kan ..kantoi la kan. 

Jadi minggu lepas, si Jujut ni maw beli barang tapi ndak bagitau pun kami kawan yang lain ni ajak pi teman beli barang T.T  *sedih ai.. Jadi perancangan untuk kenakan si Jujut ni bermula apabila si Ana bagitau kami yang dia teman si Jujut pi beli barang .. Jadi si Ana , Jujut dan Ayue sudah gerak awal pi Changlun beli barang.. Aku , Aina , Piko , Eccek gerak p Changlun lepas Asar..Si Jujut langsung xtaw yang kami p Changlun...berabis sudah kami 4 orang bertapuk (*menyorok) supaya dia ndak tahu pun kami pi Changlun.

Sampai jak kami 4 orang di Changlun,terus pi beli kek. Habis jak si Jujut beli barang,c Ana konon-kononnya ajak pi makan malam.Jadi kami yang 4 orang ni masih lagi menyorok supaya ndak ketahuan sama birthday girl. Sudah line clear si Jujut fokus tengok cerita di Tv.. Kami 4 orang masuk p kedai makan tu dan aku terus tutup matanya.. sekali aku lepaskan tanganku daripada matanya,si Jujut tengok depan nya ada kek..punya main dia terharu sampai dia mahu menangis ni tapi ditahan-tahannya supaya kami kawan-kawannya ndak nampak dia menangis..hahaha.. Oh yaa,.lupa pula  turut pakatan men'suprisekan birthday girl ini si Kasz dan roomate nya.

Alhamdullilah.Suprise birthday girl SUCESS !!


Nampak kan Jujut terharu... - sayang Jujut -


Dari kiri : Eccek - Kasz - Aina - Ana - Piko - Aku - Ayue
bersama birthday girl


Sanah Helwa Jujut.
Maafkan kami sebab ingat-ingat lupa konon birthday mu.
Semoga berjaya dunia akhirat.
Semoga sentiasa shomeL.

Sama-sama kita berusaha jadi muslimah solehah, anak solehah dan akan datang isteri solehah.

i love you lillah.
We love you lillah.
Allah love you.