Pages

Showing posts with label monolog hati. Show all posts
Showing posts with label monolog hati. Show all posts

Thursday, 5 November 2020

Sedeqah is MAGIC

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

    Apa khabar my silent reader.. tidak juga kamu bosan di rumah. Maklumlah sekarang ni PKPB dan tempatku sekarang PKPD .InsyaAllah lagi beberapa hari tamat dan mudah-mudahan lah tidak di sambung tu PKPD sebab rindu mahu morning walking 1 jam di luar rumah selepas subuh.

     Nampakkan tajuk di atas. Sebelum aku lupa, aku mahu berkongsi mengenai sedeqah. Apa itu sedeqah? Sedeqah itu "pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan niat kerana ALLAH s.w.t" . Sedeqah itu tidak kisah la pemberian itu sama ada wang , barang-barang, ataupun yang paling ringan ialah SENYUMAN. :) (*sila senyum sekarang,sebab orang yang menulis ni sedang senyum ni)

    Ok, aku tidak mahu ulas panjang lebar pasal sedeqah ni sebab rata-rata kita ni pun faham apa itu sedeqah. Tinggal kita jak ni sama ada mahu jadi orang yang memberi ataupun orang yang menerima. Bak kata pepatah " Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima" maksudnya apa " orang yang memberi itu lebih MULIA berbanding orang yang menerima" 

Berbalik kepada tajuk diatas. 

    Kelmarin 4 Nov , oleh kerana elaun kafa ku sudah masuk jadi aku akan asing-asingkan duit elaun kafa ku. Jumlah ni aku mahu bagi umi, jumlah ni aku mahu bayar elektrik atau air , jumlah ni aku mahu masukkan dalam akaun tabung haji ku dan bayar hutang sebagainya. Oleh kerana waktu PKPD ni aku jarang keluar, jadi aku pun asingkan la juga jumlah untuk aku sedeqah kan kepada mereka yang memerlukan.

    So, kelmarin aku bagi la beberapa jumlah untuk umiku, RM 50 tabung haji ku dan sedeqah orang yang memerlukan. Aku tidaklah bagi banyak mana sama umi tapi alhamdullilah, apa yang umi ku mahu aku akan penuhi. Kamurang mahu tahu apa yang magik, baru jak kelmarin aku keluarkan beberapa duit ku untuk sedeqahkan tup tup Allah bagi berita gembira pada hari ini yang tidak disangka-sangka . Daripada RM50 tu, Allah bagi 10x ganda apa yang aku sedeqahkan. Alhamdulillah syukur.Bayangkan tidak sampai pun 24jam aku bagi tu, Allah hadiahkan kan lagi 10x ganda daripada RM50 tu. Agak-agak berapa?

    Tiba-tiba tadi dapat mesej daripada penyelia yang kami guru zakat dapat ONE OFF. Ya Allah, syukur Alhamdullilah.

   Sebab itu la orang yang rajin bersedeqah ni, makin banyak dia sedeqah makin kaya la dia. Mungkin kita tidak nampak kaya nya tu dari segi duit ka, ilmu ka, budi pekerti ka. Aku bukan maksud aku ni rajin bersedeqah, kadang-kadang jak. Kalau ada duit lebih sikit, aku hulur la berapa banyak yang boleh aku bagi. Kita tengok Ustaz Ebit Liew antara salah seorang yang dermawan dan rajin bersedeqah makin dia bersedeqah makin kaya dia kaya wang ringgit dan kaya budi bahasa.Dia juga orang yang pertama yang bergerak kalau ada apa-apa musibah. 

    Dia orang yang pertama mencari orang-orang yang perlu dibantu tidak kira wana kulit, bangsa , tua muda. Dan banyak lagi. Sebenarnya ada ramai lagi orang seperti Ustaz Ebit Liew ni, cuma kita tidak nampak, dia lakukan secara sembunyi nahh itu lagi lah bagus. Macam Arwah Abam Bocey dan Arwah jutawan kosmetik yang meninggal akibat kemalangan tu. Bila kita sudah tiada, maka muncul lah orang-orang yang pernah kita bantu,orang yang pernah kita tolong walaupun pertolongan yang kita hulur tu hanya sebesar kuman jak tapi besar disisi orang yang menerima.

Oklah. itu sahaja perkongsian daripada tuan blog ni mengenai sedeqah. Teruskan berbuat baik dan memberi manfaat kepada orang. Semoga kita sama-sama berjiran di syurga firdaus nanti.InsyaAllah.






Monday, 2 November 2020

Hello November 2020


Assalamualaikum w.b.t blog yang sudah bersarang labah-labah ini..


Macam agak lama jugak kan tidak menulis blog ini dan banyak sekali update dari blog berbanding dulu-dulu punya. Dulu kan biase-biase sekarang bukan biase-biase.Hahahhaha

 InsyaAllah mulai saat ini, mulai tahun ini, kalau rajin tu datang boleh la update blog ini selalu.

Sebenarnya best juga ada blog ini sebab kita boleh meluah apa yang di rasa dan semestinya ada yang menjadi silent reader. Gambar-gambar di h/p pun makin lama makin banyak. Mahu letak di Instagram pun kadang2 macam malas . 

Bah, nanti my silent reader tunggu update la ya sebab sekarang mahu selesaikan kerja penting dulu.

Okay.Assalamualaikum.





Friday, 14 June 2013

Kisah 3 Gadis dan Sang Monyet

Assalamualaikum w.b.t ..



Al Kisah bermula 3 Gadis yang bernama Jelita , Anggun tinggal di bilik Cantik sempena cuti semester PRU..


Jelita dan Anggun bermalam di bilik Si Cantik .. Oleh sebab masa tu cuti PRU , jadi ramai warga kampus yang balik ke kampung halaman untuk menunaikan tangggungjawab mereka . Jelita , Anggun dan Cantik ni tidak balik kampung kerana belum mendaftar mengundi lagi.hikhikhik  

Pada suatu hari , Persatuan TheDaling mengadakan program XploRace. Jelita dan Cantik merupakan ajk program jadi mereka dikehendaki menyediakan denda apabila para peserta XploRace tidak dapat melaksanakan aktiviti yang ditetapkan sementara Anggun pula merupakan salah seorang peserta XploRace.

Sebelum pergi ke tapak XploRace tersebut...Jelita , Anggun dan Cantik sedang menyiapkan diri mereka..

Anggun sedang membetulkan tudungnya berdekatan dengan pintu bilik,sementara Jelita dan Cantik kononnya mahu buat denda untuk XploRace iaitu  air + Teh + garam dan dimasukkan ke dalam botol mineral sebagai denda yang bakal Jelita dan Catik kenakan semasa XploRace tu nanti.. 

sedang membuat hal masing-masing tu tiba-tiba Anggun perasan ada sesuatu yang bergerak masuk ke dalam bilik, sangkaan Anggun, benda tu adalah kucing ..tetapi apabila Anggun menoleh ke belakang ,haaaaargggghhh MOOONNYYEEETTT

Sang MONYET yang siap duduk atas katil baru diperasan oleh Anggun , Jelita dan Cantik.. 

Anggun berteriak kerana Sang Monyet sangat besaarrrrrr lalu keluar dari bilik dan tinggallah Jelita dan Cantik sahaja dalam bilik tu , oleh kerana itu bilik itu merupakan bilik si Cantik , Cantik pun menjerit dengan sepenuh hati dan  jeritannya sangat dekat dengan telinga si Jelita.. 

Cantik : Je.. Je .. Je..Litaaa halau tu Sang Monyett ..Arggghhhh
Jelita  : Maaa..camm mana nak halau.. Jelita pun tidak berani dengan Sang Monyet itu..
Cantik : Jelita..Jelita..Argghhh .. Halau tu Sang Monyet..
Jelita : Eihhh Cantik , jangan menjerit la..sakiiit telinga Jelita mendengar jeritan Cantik.


Sang Monyet pun melihat Cantik dan Jelita menjerit dengan muka tidak bersalah..Ketika itu, Anggun telah selamat berada di luar bilik.. Semasa Jelita dan Cantik menjerit-jerit, Tiba-Tiba Sang Monyet tu mula bergerak dan naik atas meja dan bertenggek betul-betul atas laptop Jelita.... 

Jelita : Cantiiikkk , Monyet tu duduk atas laptop Jelita....* nada geram
Cantik : *menjerit sambil ketawa..hahahahha


Jelita memandang objek disebelahnya dan objek itu adalah penyapu ,Jelita pun berfikir *nak pulak aku ambil tu penyapu usir tu Sang Monyet ,


Setelah Jelita berfikir dua tiga kali..Jelita pun tidak jadi mengambil penyapu untuk menghalau Sang Monyet tersebut sebab jika Jelita berkeras ambil penyapu dan mengusir Sang Monyet nanti Sang Monyet tu pulak yang akan serang Jelita balik..hah Sudaahh..

Fizikal moyet tu sangat besaaarrrrr macam bapa Monyett.. Jelita pun dengan beraninya membawa Cantik keluar dari bilik dan tinggallah Sang Monyet bersendirian dalam bilik mencari apa yang patut di ambil untuk dijadikan Sarapan pagi.

Anggun yang sememangnya tadi diluar mengisyaratkan Shuu..sHuu tu sama Sang Monyet...
Jelita dan Cantik sudah trauma apabila berjaya keluar dari bilik dan membiarkan Anggun menghalau Sang Monyet.

Semasa Jelita dan Cantik keluar dari bilik, Sang Monyet pun melompat dari meja tempat Sang Monyet bertenggek di atas laptop Jelita ke meja sebelahnya dan Sang Monyet melihat ada botol air di atas meja lalu meminumnya.. Sang Monyet tidak tahu yang dia sedang minum air perisa Air teh bercampur garam, selepas Sang Monyett merasa sesuatu yang tidak enak pada air minuman tersebut lalu Sang Monyet tu muntahkan air yang Sang Monyet minum..ndakk sedap la tu .. 

Sang Monyet lalu melihat sekeliling bilik itu dan mula mencari operasi mencari makanan.. 

Tiba-tiba, Sang Monyet ternampak sebungkus Apollo di atas Rak Buku .Sang Monyet tu  pun dengan senang hati senyuman sampai ke telinga melompat naik ke atas Rak Buku dan mengambil Apollo yang berada di Rak Buku tersebut.

Anggun yang masih mencuba dari tadi untuk menghalau Sang Monyet mula mengukir senyuman apabila Sang Monyet dan Apollo keluar dari bilik dengan jayanyaaa.

NotaKakiTangan :

1. Jangan biar pintu mahupun tingkap bilik anda terbuka semasa waktu pagi dan petang, kerana waktu tu warga-warga monyet sedang giat mencari makanan. #Pesanan dari Cantik
2. Jangan biar Laptop anda terbiar diatas meja , kerana Sang Monyet akan terfikir itu adalah batu bukan Laptop. # Pesanan dari Jelita
3. Selamatkan diri anda dulu sebelum selamatkan orang lain . #pesanan dari Anggun.



Thursday, 13 June 2013

Manja

Assalamualaikum w.b.t

" Kawan-kawan , maafkn itew eh...itew lama dak hapdet bLog itew..bukan apa kawan-kawan .. itew sibuk nak final exam la, sebab itu itew x hapdet blog " 

- Nukilan gadis manja * dah geli tau tak

- Gambar hiasan  -

Selamat datang Syaaban .. 27 hari lagi sebelum menjelang bulan Ramadhan.. InsyaAllah..  Selamat berjuang dalam peperiksaan warga UUM dan sewaktu dengannya dan selamat mula bercuti kepada yang sudah habis berjuang dalam peperiksaan.. jangan lupa sentiasa berdoa supaya memperoleh keputusan yang membanggakan.

Aku sekarang ada GAP dua minggu sebelum kembali berjuang ke medan peperiksaan. Tinggal dua kertas lagi perlu di tempuh .. dan esok aku kena hantar dah final report untuk subjek System Analysis & Design sekali presentation. Memang budak multimedia,awal-awal sem banyak goyang kaki, sekali maw dekat final exam baru kelamkabut menyiapkan projek , report dan assignment yang ada.

cukup untuk intro . Bebalik kepada tajuk entry diatas .. MANJA .. yess, mungkin nama orang.. seperti nama kawan masa di KUIS dulu dan arwah abang atok ku. Dan itu bukanlah namaku.. Menurut kamus dewan , manja ialah kelakuan kebudak-budakan ..  jadi ??

 - kawan saya komen salah satu gambar dalam facebook -
*agak peliks disitu

seriously , memang aku terkejut baca ni .. kadang-kadang terfikir gak.. manja ka aku ni ??? manja macam mana sampai orang aku fikir aku ni manja ?? hurmmm...*fikir..


mungkin bila kita dah lama berkawan dengan seseorang akan tahu sikap kita, dan mungkin itu la sikap yang kita pamerkan sepanjang perkenalan kita sama orang tu. 

paling tak tahan komen yang no.4 tu .. hehe , memang selama ni tak sedar pun macam mana sikap kita sama kawan kita .. bukan riyak ka apa " ei , ei , iteww manja laa "  yaiii geliks + maw muntah ... 

yupp , mungkin saya seorang yang manja tapi dengan kawan rapat dan family sahaja   dengan orang lain saya ni garang macam singa..haha , cuba tanya anak-anak murid saya dulu.. teringat ada kawan saya tegur saya dulu :

kawan : aku kan ndak pernah tengok ko senyum ?
saya: =______='

maaf la. saya memang macam ni .. lagi-lagi sama lelaki .. bukan sombong ka hapa..tapi memang saya tidak pandai mahu memulakan perbualan.. THE END 

#EntryApaKauTulisNiBibie  NdakSiuk


Friday, 1 March 2013

Siapa boleh tolong !!

Assalamualaikum w.b.t ..

Aku tak tahu apa yang sudah jadi ... ?

Kenapa boleh terjadi ??

dan..

Sejak bila ia terjadi ....



Setahu aku .. ini blog aku dan teknik-teknik penceritaan berasal daripada tuan badan ini sendiri .. dan sejak bila SCM Music Player ni mengambil takhta ni , ... weii weiii weii ..

help me ??

Anyone can fix it ??


P/s : Ya Allah .. Selamatkanlah Warga Lahad Datu...




Friday, 4 January 2013

Wishlist 2013


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah perut kenyang makan KuewTiawGorengBasah yang sudah kembang... kembang-kembang pun terpaksa jugak makan kerana perut yang dari pagi minta diisi...sekarang masih semangat tahun baru .. Oleh kerana aku memiliki gap yang panjang dalam minggu ni.. aku maw share sikit wishlist aku.. Wishlist yang kalau boleh aku maw dapatkan juga dalam tahun ini... kalau tak dapat , tahun depan pun boleh juga dikejar...selagi hayat dikandung badan...


hah.... nampak tak ?? nampak tak ??... diatas ni semua wishlist aku yang mesti maw dapat selagi duit ada ditangan...*hehe....  kalau tidak.. tengok tepi tingkap jak laa...

1) New H/p
Oleh kerana Sony Ericsson ku sudah merajuk tah pasal-pasal ngan aku sebelum tahun baru baru-baru ni.. Dia pun menunjukkan respon maw brake up sama aku sebab sepanjang aku menjadi pengguna setia dia sering terjatuh d atas jalan raya dan air.. dia pun ambil keputusan memviruskan diri sendiriii.... T.T  .. 

Aku pun mengambil keputusan untuk cari h/p baru sebagai teman pengganti . Antara ciri-ciri H/p yang bakal menjadi teman berkomunikasi ialah 1.Skrin Besar * mata ku rabun so kena pakai skrin besar baru boleh nampak. 2  Boleh 3G * boleh ber3G sama keluarga . 3. Boleh MMS * haruslah , supaya abgku dapat mms gambar anaknya . 4. Ada Wifi * boleh online man-mana 5. Ada camera * boleh gambar2..Setelah membuat servey di En.Google dan Ms.Yahoo .. semua ciri-ciri diatas sudah aku temui .. Dengan ini , h/p yang bakal di risik ialah : ...*jeng jeng jeng

Cantik tak , gila tak...putih tak...alolololo

 Tadaaaaa.... Samsung Galaxy Ace yaww... demand ko bibie ... dah nama pun wishlist .. kalau tak dapat ni pun aku akan cari yang serupa macam cewek ku yang lama ( Sony Ericsson ) . Ini semua bergantung pada duit yang ada.. InsyaAllah , ko bakal jadi milikku..

2)LAPTOP LENOVO
mesti hairan kan kan kan.. sudah ada laptop , maw lagi beli laptop yang baru..bukan gitu , jangan dulu salah sangka ... aku memerlukan laptop yang baru pun ada sebabnya bukan sesukahati ajo..dan Oleh kerana umie dan bapa aku dah setuju untuk aku menceraikan laptop Acer Aspire One yang telah bersama dengan aku dikala suka duka pagi petang malam  peneman setia dikala gembira sedih dan pemberi informasi2 yang berguna ketika aku memerlukannya...Akhirnya aku terpaksa menceraikan kau dengan talaq 123 ..*hamboii ayatt

Aku juga telah merisik-risik dengan Inche Lenovo weuw weuw dari jauh dan aku bakal menjadi pemiliknya setelah aku balik Sabah nanti .. InsyaAllah ..


Hai En.Lenovo .. awak nak jadi kekasih gelap dengan aku tak ???  bluuuu       shiiiinggg

 Oleh kerana aku ambil jurusan Multimedia dan banyak menggunakan perisian-perisian dalam laptop .. Laptop Lenovo ni lah yang sesuai menjadi pengganti laptop yang lama... Mudah-mudahan tercapai.. Aminn InsyaAllah.

3) Rainbow Quran
Al-Quran Pelangi ni lama sudah aku berkenan..kalau buat hantaran pun mesti cantik kan kan... kepada bakal imam ku , aku maw Quran Pelangi sebagai Hantaran yaaa , erm maw warna pink..... *hehe , bibie verangaaaaannnn 

         

Cepat cakap cantik !! 
Dont Judge Book By it's Cover
"beli-beli pun mesti diamalkan juga.. jangan hanya kerana cantik tapi jarang dibaca" 
# peringatan buat diri

4) YELLOW MYVI
okay , ni da aku target laammaa suda .. gara-gara masa konvo diploma hari tu tengah duduk tepi tasik tengok jalan raya dan para lelaki mengatur langkah ke Solat Jumaat tiba-tiba Myvi Kuning lalu... wahhh terus jatuh cinta ni...*bukan sama pemandunya yahh, sama keretanya yahh.. start situ , aku pun bagitaw sama bapa , umi dan abangku yang aku maw beli myvi kuning ni gaji pertama kalau sudah kerja tetap.. InsyaAllah.. kita merancang Allah yang menentukannya..


waaahhh.. cantekkknyaaa..
Eh Incik Myvi, Maw jadi scandal aku dak !! *hehe

5 ) GOOD MUSLIMAH 
 Macam mana nak jadi Good Muslimah ?? Senang jak... ikut suruhan Allah dan tinggalkan segala laranganNya.. Bukan hanya ketika kita sedih sahaja baru ingat Allah , tetapi ketika kita ketawa , marah , gembira , takut ,berhibur , semua macam2 perasaan  mesti ingat Allah supaya setiap perbuatan yang kita buat , kita tahu batasnya ... bukan main langgar ikut sesukahati...  #pesanan buat diri-sendiri

biarlah ramai orang datang ke tempat maksiat,
asalkan kita tiada disitu..
biarkah sikit orang yang datang ke majlis ilmu,
asalkan kita ada disitu..
                                                                                              #Ustaz Azhar Idrus

my Idol 

6) HLOVATE NOVEL


Siapa hlovate ?? hah, aku pun xkenal siapa... yang pasti semua novel2 diatas semua super duper besttt.. memang tidak terhitunglah bintang kalau dibagi sama karya Hlovate... memang best , x rugi oh baca... 
dan ..
Sekarang ini misi menghabiskan novel " Contengan Jalanan" ... insyaAllah best...



ok ... penat sudah aku menaip...
terima kasih kerana sudi baca...insyaAllah ada umur aku menaip kamu membaca..
kbai .. flyingkiss dari depan laptop...

                                                           =.=^




Sunday, 23 December 2012

Short Entry

Assalamualaikum w.b.t ...

fuhh..fuhh ... * kasih bersih blog yang sudah berhabuk-habuk bagai ni....

Barakallah lakuma wa barakallaik *nyanyi lagu maher zain jap ..

"Weii bibie , siapa kawen ni !! siapa kawen niii !! Apasal tak jemput akuu"
- Dalam hati 


Bibie says : bukan aku tamaw ajak .. aku pun sendiri owh tak pergi... sobs sob sobs T.T

22 Dec 2012

As you know , my lovely dovey sister is already married.. yahhhh ...Akhirnyaaaaaaa...*lap air mata sebab terharu...


cantik kan !! sweet kan !! 


Hahh ..  cari aku... !!

Dapat cari ka ?? memang x jumpa la sebab aku tak attend majlis kahwin ini... Mereka di Borneo , daku di Utara... T.T .. Gambar diatas adalah keluarga sebelah umi aku ... termasuk la sepupu 1x , anak2 buah dan cucu2x ..*owh tidakk , air mata ku tetiba meleleh lajuu.... tulah , hari tu masa ditanya maw balik ka tidak jual mahal..takmaw la..ini la..itu la... hah , sekarang amekawwww...

Walau apa-apa pun... Barakallah my Sis ... akhirnya ko sudah jadi milik orang... akhirnya aku akan tidur bersendirian di bilik ... akhirnya ko tukar status bujang-kahwin , akhirnya aku ada sudah abang ipar di rumah... akhirnya ..akhirnyaa..akhirnya kini pasti ku merasaiii *eii , tetiba lagu anita sarawak muncul...

Cukuplah sampai disini short entry pada kali ini , kerana aku tak tahan menahan air mata yang kian menderas laju ini....Sekian, Wassalam



Friday, 9 November 2012

NtahhapahapaNtah 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Maw pinjam 30 minit untuk baca luahan aku ini.. kalau terlebih 30 minit , gi cafe yang terdekat order Sky Juice then cakap kat Makcik kat situ, " Makcik , skyjuice ini nnt si bibie yang bayar nanti ya!! "

PERHATIAN : Sila baca dengan 1 nafas ..  


" Tadi habis jak sesi mengurus diri, buka laptop cucuk hardisk dan layan RunningMan..Kononnya lepas jak 1 episod aku layan RunningMan,aku maw buka MS Word dan start buat assignment..TAPI,layan RunningMan pun xhabes dilayan pastu,kawan aku cakap.."B,jom g bilik sebelah..kita copy cerita..aku pun dengan semangat berkobar-kobar Eject hardisk then g bilik sebelah p copy cerita"..lepas jak sesi copy-mengcopy cerita , kawan aku cakap.."layan rooftop prince ini dua episod baru kita balik ya"..aku pun apalagi, Ok.jom layan..abis jak 2 episod, sambung pulak episod 4 , 5 .. sekali tengok jam ..wahh sudah pukul 12.00 am la..then,balik bilik buka laptop,facebooking-blogwalking..- last-last tanya hati " bibie,esok la baru ko start buat assignment mu" dan si bibie pun cakap " ok..esok pagi2 kita buat assignment yahh... ""

kesimpulannya : Erm .. apa ya !! si bibie sebenarnya seorang yang rajin *haha.Tipu =.='


Fawwaz : Cik bibie , boring nya dengar cerita mu ni ? bagus aku tidur dulu tatatititutu
Cik bibie : =.=' (hampehh)


Wednesday, 29 August 2012

i , Officially Twenty-One

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...

Syukur ya Allah kerana memberi peluang hambaMu merasai nikmat yang telah banyak Engkau berikan kepada ku..Terima kasih ya Allah .. Terima kasih ya Allah.. Terima Kasih ya Allah..

Tak sangka angka kosong da bertukar menjadi satu.. Terima kasih Ya Robb ..  Hari ni takda nya special2 bagai .. macam hari biasa jak.. tapi apa yang membuatkan aku teruja dan terharu.. Ucapan daripada my BFF #aishah .. thanks wish via celcom mms .. you're first..heuwheuw...

Terima kasih kepada kengkawan yang wish birthday sama saya sama ada yang kenal mahupun tidak atau samar-samar .. hehe ..terima kasih atas doanya.. Semoga semakin hari semakin dekat Cinta kita terhadap-Nya.. Ameen..

1. Via Celcom SMS and MMS

# Aishah , Yati , Hilman , Ayue , Daya , iBu Fawwaz , My Bro ,  Bapa ..

2 . Via Face to face ..

# My sis , Anna , Abg Mardi and family , Ummi

With Irdina Ilmuna  as my photoghrapher..hehe..
like father like daughter ..
 Syukran Jazilan my dearest Anna Aqilah for beautiful handmade and keronsang
like thousand time..

 lawa tak ..lawa tak..lawa tak..
nice combination pink & silver..
anna..tiuuuttt la.... :s

3.Via Facebook message

#Wardah , ustaz shahidan, Ryzal


4. Via Facebook Member



















hah.. banyak kn...ce teka .. agaknya berapa semua ni..??  alhamdulillah...terima kasih ya semua.. Semoga semakin meningkatnya usia semakin mematangkan kita..  amin ya Robb..

Selamat tinggal 28 Ogos 2012..
 ntah ..
 dapat ka kita bertemu lagi 28 Ogos 2013..

entry yang takda  penutup..