Pages

Showing posts with label " Ustazah Farhanah ". Show all posts
Showing posts with label " Ustazah Farhanah ". Show all posts

Friday, 11 May 2012

Saya & Murid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

9 Mei - Alhamdullilah wa syukurriah , akhirnya tamat sudah kontrak aku sebagai guru ganti di SK Merpati Sandakan. Selama 2 bulan aku bekerja menggantikan Ustazah dan alhamdullilah , aku berjaya juga melepasinya.. Sekolah ini aku ajar subjek Pendidikan Islam tahun 2 , tahun 4 dan Prasekolah.. Syukur jugak masa di Sekolah gumgum hari tu aku ajar budak prasekolah jugak ni sedikit sebanyak pengalaman tu ada.. walaupun kekadang kalau dua kelas bergabung , agak sukar mengawal mereka dan suara-suara harimau agak diperlukan disini supaya budak-budak tu dengar cakap sikit , kalau setakat suara-suara burung , alahai...main kejar-mengejar la kau dalam kelas..

Tapi tidak semua moment tu sweet , ada juga yang x best nya bila... kelas sudah huru hara means xdak kawalan kelas la, huu , huru hara jadi nya, kejar orang tu , kejar orang ni , last-last suara harimau juga digunakan masa tu , tapi alhamdullilah semuanya undercontrol.. dan one things again , aku paling tak suka if ada murid tidak bawa buku ..sebab , jika mereka tidak bawa buku susah la maw belajar tapi jika asyik guna kertas jak menulis lama-kelamaan kertas tu pun jadi pembungkus nasi kuning.aduuii tetiba lapar pulak sebutsebut nasi kuning ni..

Paling best ... cikgu-cikgu disana memang best , sempoi .. garang-garang tapi lucu .. yang paling tak sangka , guru ku semasa Tahun 6 di St.Monica ada mengajar di Sk.Merpati , nama cikgu tu Cikgu Razlina Karman .. memang cikgu tu dulu aku minat..tak sangka dapat jumpa dia lagi.... Antara ramai-ramai cikgu di Sk.Merpati , ustazah Yohaizrin yang paling aku rapat , apa taknya , dya duduk depan meja aku..mestilah rapat tanpa diminta..haha .. selain itu , kami ada pengajaran bersama tapi xlah sama-sama masuk dalam 1 kelas sebab aku malu kalau ditengok mengajar .. Choiiii .. Selalu kongsi-kongsi cerita paling tu korea dan kereta .. hahaha..  

Zaaaassssssssssss !!
murid prasekolah sedang mewarna si kucing alif ba ta

Akma : Ustazah , boleh ka telinga kucing warna pink ?
Me : Boleh akma... xda warna pun xpa ..

Hanis ( tangan menjulur ) : Siapa punya pensel warna ni ?
Putie ( melihat di tepi ) : Sini , biar aku pakai ..

hi , nama saya Syahera .. hari ini kita belajar dua kalimah syahadah k.

" 1 jari .. 1 jari ..  1 jari Allah Bagi
tunjuk atas tunjuk bawah 
Tepuk tangan tet tet tet .." 
( lagu Jari yang paling diminati ramai konon =.= ' )

4 Efektif , peace yo =.= ^

i love jawi .. pandai Quran , pandai jawi

4 Inovatif -  bertungkus lumus menyiapkan kerja rumah jawi
siapa cepat dapat coki coki 

4 Efektif - " 4 jari 4 jari 4 jari Allah bagi
                 tunjuk atas tunjuk bawah
                tepuk tangan tet tet tet tet "

Maaf kabur la pulak , akibat maw cepat keluar , snap pun cepat-cepat sampai kabur
( Faezah , Ain & Syazleen )

1 murid 1 sukan = Dulu aku belajar volleyball dan sekarang aku pengajar volleyball
teringat zaman dulu dulu terasa sebak la pulak :l
4 Inovatif yang super duper ceriaaa....
saranghaeyoo <3

nasib baik khat akan diajar masa penggal kedua kalau tidak , hampehh !!
Walaupun tulisan xcantik yang penting idzhar & terang kononn , kasi sedap hati 

Pen Marker berjasa !! terima kasih Mr Marker Pane
Kerana dirimu begitu berharga !!

5 per 5 , ok good boleh dapat coki-coki 1 ..
ye ye ye  :3

Walaupun hanya seposen 1 , pemberian daripada guru tidak sama dengan membeli sendiri di kedai
terima kasih adik Cokicoki , dikau menjadi rebutan semua ...

hikhikhik , tak sah bukan kalau tidak letak gambar ustazah nya yang letak gambar orang lain jak tu..

notakaki : Maaf , takdak la pulak gambar-gambar tahun dua ,  oleh kerana aku selalu tegas dengan dorang sehingga terlupa ambil gambar dorang semasa hari terakhir hari tu...THE END

Friday, 6 April 2012

Sekitar majlis kokum SAN & SAR peringkat sekolah

A.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m  wbt

24 MAC
Majlis Kokum peringkat Sandakan telah diadakan di SAN Kilometer 2 . Sebanyak 6 sekolah telah mengambil bahagian antaranya SAN KM 2 , Elopura , Karamunting , Tanjung Papat , Samudera, Muraqobah.Antara pertandingan yang diadakan ialah Nasyid , Maharoh Qiraah , Bercerita , Tilawah Quran dan Hafazan.
(macam pembaca berita la pulakkkss )

Zassss !!

kenal tak siapa ni !!
dya ni senior aku.. memang sekali pandang langsung tak kenal..
selepas DJ ( ustazah di SAN KM 2 ) , dia cakap ustaz ni senior ku dulu
nama nya Along.. aku pun cakap sama dia nama penuhnya Abdul Rahim Asnan ka ?
kata si DJ , ya , abdul rahim..

( zaman sekolah si Along ni kurus jak , sekarang da comel )

Kumpulan nasyid dari SAN KM 2

erm , tak tahu dari sekolah mana .. lupa nak interview..

Peserta maharoh qiraah wa kitabah : SAN KM 2


Juri-juri yang ariff lagi lagi lagi bijaksana

Peserta bercerita : San KM 2

Kumpulan Nasyid SAN KM 2
hasil didikan Ustaz Muiz & Hisyam
(Wah.. My senior tue )

Suasana sepanjang majlis berlangsung

 Tempat ke - 2 : Nasyid San KM 2
( tak pa la , next time cuba lagi )

 Tempat ketiga : Bercerita

 Johan Tilawah Quran : SAN KM 2

 Ketua Juri ...



 Aip.. !
Ustaz Samsuddin la ..
( jangan marah !! peace yo ! )

 Erm...paham-paham sendiri la..

 maaf , gambar agak blurr sikit...

 kecil-kecil cili padi..
suara dia memang sedap..
( pantun cincau .. ) !

 Johan Nasyid..

Piala pusingan disandang oleh SAN Samudera
disampaikan oleh Guru Besar SAN KM 2
Ustaz Muizuddin



p/s : Maaf , posisi gambar agak berterabur sedikit.. nak cepat ini la jadinya

" Pak Ali pandu lori , Next Time jumpa lagi "

Friday, 23 March 2012

Entry yang ke -103


A.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m  S.e.m.u.a
 
Selamat menjalani kehidupan di bulan MAC .. Maaf ler , hujung-hujung bulan baru maw hapdet entry .. ekoran dari kehidupan ku yang tersangat-sangat sibuk , sampai maw hadap komputer pun takdak masa... why ??
1. Aku pergi tanpa berita 
Aku dah beritahu kn entry lepas yang aku ganti ummi ku mengajar di SAN KM 2 .. dalam masa dua minggu aku mengganti sebagai guru al-lughahtul arabiah & jawi , tiba-tiba minggu ketiga hari kedua aku dapat panggilan ke PPD ( next story on no.2 ) . Aku dah pesan kat murid-murid aku waktu hari isnin tue "
" Hari khamis ini , ujian bahasa arab , sila baca buku okay "
 alamatnya , tidak jadi la ujian bulanan itu dijalankan sebab aku dapat mengajar di sekolah baru . Suke la tu bebudak2 selamat dari ujian bulanan bahasa arab  ..  maaf ye , ustazah pergi tanpa berita , tak sempat mahu cakap sama kamu semua salam perpisahan , takpa next time kita jumpa lagi insyaAllah
2.Tawaran Guru Ganti 
Alhamdullilah , aku berpeluang sekali lagi menjadi guru ganti . Kali ini aku dapat di SK.Merpati Sandakan dan mengajar subjek Pendidikan Islam tahun 2 , 4 & Prasekolah .. yah . kali ini aku akan mengganti selama 2 bulan start 6 Mac sampai 9 Mei .. Apa cabaran aku mengajar di sekolah ini ? dalam 1 kelas bilangan murid minima 30 orang dan maxima 50 orang .. dan ketinggian suara dan ketegasan amat diperlukan ketika ini . Di prasekolah juga , aku mengajar pendidikan islam untuk yang muslim dan non muslim. hmm , dalam kelas tue hanya 3 atau 4 orang  yang non - muslim ..hari kedua aku mengajar di prasekolah : 
Subjek : Akidah
Tajuk : Rukun Iman
 Me : Baiklah murid-murid , mari kita ulang apa yang kita belajar tadi .. Rukun iman ada berapa ??
Murid : 5 ... 6 ..... 25..
Me : apaa 25 !! 25 tue bilangan nabi yang wajib kita ketahui ... rukun iman ada 6 ...Pertama beriman kepada ??
Alex : Yesuussss ..
Ahmad : Allah..
Me : betul...rukun iman yang pertama ialah beriman kepada ALLAH..
( Watak Ahmad & Alex adalah rekaan semata-mata )

Gambar Hiasan : Tq Mbak google 
notakaki : 
1. Bingung taktaw maw letak tajuk entry apa .. last-last dapat gak tajuk entry yang sangat GOOD
2. my sister dah enggaged !! happy untuk dia dan saddy untuk saya sebab my sis maw jadi bini orang suda.. Apa-apa pun Tahniah Sis..