Pages

Sunday, 2 May 2010

Pesawat Ak5162

2 mei 2010 ... alhamdullilah penantian untuk berjumpa sama family ku telah sampai..mudah-mudahan la penerbangan ku selamat...flight ku nnt jam 5.50pm tapi c Bro Emang amik ku pagi...apa la maw dibuat nnt d LCCT....Ya ALLAH..enggak sabar sihh mo nemuin sama kluarga...cian pula sama ANA FARHANA...kaC tinggal dya di KUIS,perancangan semasa berada di sandakan sudah di rancang menggunakan Otak anugerah ALLAH ini..SYUKUR...mudah-mudahan apa yang dibuat tn dirancang tidak melanggar syarak..

planning semasa berada di sandakan :
6mei            p amik buku Pemilik Cintaku d rumah c Isha
6mei            p SMAS amik slip  result SPM.. 
8 mei           p bandar n meet daya nasip,ayue,wawa n Era                  
9 mei           Balik KUIS flight 10 pg..jumpa my sis di sana..

        ( selain hari diatas..hari untuk hang out sama FAMILY TERCHENTA )

1 mei 2010 ..jalan g MASJID JAMEk..sama Wardah n Isha n Ana...aQ p cari tudung utk UMI TERCHENTA n bli SOLUSI...best jg la...mungkin yang nda best nya ..time ptg ,ujan pula....apa pon..enjoy juga la...ALHAMDULLILAH....

2mei...awl btol aku g LCCT...jam 10am sda smpi d lcct...nda la ak taw wat pa tem 2...dorang abu datang jam12 lgpun dorang mo amik c apiz kn,lps c apiz smpai,dorang pun trus blik n tinggal la aku sorang2 d epot...tem zohor aku mo smbhyg skli tu mnta la sma ada 2 makcik2 c2..skli 2 abis jak ak abis smbyg trus aku tgk,xda sda tu makcik..d bg tggal lek bha brng ku c2,naseb baik nda ilang....

jam 5 petang ak p check in sda...1st2 tu scan luk barang mana taw ada brg yg nda dsuruh bawa..tapi aku nda la bw brg2 g2 2...aku kan anak malaysia yang baik ( INSYAALLAH )..prasan sendiri lek...skali aku mo p timbang brg punya men aku punya kotak buku n bagasi tue melebihi had muatan...smua nya rm120..adoii..poning den ha...dalam wallet ada rm30,d bank ,duit yang ada pun nda sampai rm50..battery hp pun heng lagi..lowbat..top2 mati trus tu hp...adoii...trpksa ak p cari ATM n public fon..nseb baik ada syiling lg..klu nda mNAngis la ak tem 2..nda la aku tpulang p sabah...mnelefon la ak bliau ku di sNdkn bgtaw kesulitan yang sedang di alami....pa lagi,punya men bapa ku mgamuk tem aku bgtaw dia..nseb baik da abg gai,bole la dia p msuk kan duit d BANK ISLAM..jam 5.35pa ,abg ku da msuk kan ak duit..lps bg kuar duit 2,salah masuk lek balai pelepasan..ak p msuk balai pelepasan antarabangsa....hahha..pa lg smua org eran tgk aku..pa lagi,berlari ak p balai pelepasan dalam negeri..then p timbg lagi kotak buku n dcas rm90...huhu...mgikut kata kakak ku..berlepas jam 5.50pm tapi jam 6.30pm blom lek naik kapal terbag...adoii....delay lg...tem ne jam 7.30pm baru terbang...sampai sandakan dalam jam11....tidoorr jak dlm kapal terbang..ye la..mo berbual dgn org sbelah,dua2 lelaki..aku kn dduk di tgh2...tpksa kecik kn diri...Alhamdullilah sampai jg aku akhirnya d Sandakan setelah hampir setengah tahun Nda balik..SHERONOKNYERR..

Friday, 30 April 2010

صديقي ابدا ابد...

haluu..haluuu..haluu..
nk critA psl kwn2 baik ku d kuis..

"UniE , AnA ,As "..

lurve you all bcoz of Allah..
thanks for being my friend..
piC ne di ambil time abis Paper DpnA...
mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan di Akhirat..

ingat la...sesuatu keputusan tu datangnya daripada ALLAH,jgn lah menyalahkanNYA..sesungguhnya Dialah pemberi nikmat..jika kita sentiasa berusaha dan bermujahadah .. INSYAALLAH..Allah akan membalas dengan pekerjaan yang kita buat...AMIN..

"yang baik itu datangnya daripada ALLAH tapi kita sebagai insan biasa hanya mampu redha dan bertawakal.."

ANA UHIBBULLAH....

Wednesday, 28 April 2010

ERSHATUL FARSHIKIN


ersHatuL farShikin...rindunya sma Kamoo....
xsgka sda 5taun lebih sda kta menjalinkan ikatan ne...
5 taun lebey itu juga la bnyak knangan manis n pahit..adoii..situ la yg epi,gaduh2x...
bila la lg kta boleh tgkap pic bersama2 lg kan...insyaAllah..
nama ErsHatul Farshikin ini diambil gabungan nama kami 5 la..

Er..Fatimah Era
Sha..Aishah
Tul..Wardatul Azmah
Far..Noor Farhanah
Shikin..Noor Ashikin 

moga-moga hubungan kita boleh berkekalan dan diredhai oleh Allah...


Thursday, 22 April 2010

Teristimewa Buat Akhowaati. . .

Halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita..
jika sepasang kekasih berdating di taman..
kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh,
jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,di bawah cahaya rembulan,berdua-duaan,jauh dari orang,
kita berkasih-sayang dalam sembunyi dan terang,
tanpa takut dan bimbang,
jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
kita berhibur dengan madah kalamullah,
jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
kita berkasih atas landasan ukhwafillah , bebas dari dorongan nafsu semata,
jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,
jika sepasang kekasih memejam mata pada aib pasangannya kerana saling menjaga hati,
kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama kita dengan saling nasihat-menasihati agar makin berkualiti ,
jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,
jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga dan maruah demi cinta,
kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...

MOGA IA BUKAN MADAH SEMATA TAPI  TERBUKTI PADA PEKERTI,AMINN !!!

 - artikel daripada FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN - 

Wednesday, 31 March 2010

10 karakter utama wanita Islam


1) Salimul Aqidah, Bersih Aqidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.
2) Sahihul Ibadah, Benar Ibadahnya menurut Al-Quran dan As-Sunnah serta terhindar dari segala bid'ah yang dapat menyesatkannya.
3) Matinul Khuluq, Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat menyakinkan semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatun Lil-Alamin).
4) Qawiyul Jismi, Kuat Fizikalnya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/anugerah dari Allah SWT.
5) Musaqatul Fikri, Luas Wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menerima pelbagai informasi serta perkembangan yang terjadi di sekitarnya.
6) Qadirun 'alal Kasbi, Mampu Berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.
7) Muhajidun linafsihi, Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan ataupun kejadian hingga menimbulkan kebaikan pada dirinya ataupun orang lain.
8) Harisun 'ala waqtihi, Kecekapan dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya seorang yang pantang membuang waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetik pun. kerana waktu yang kita lalui sepanjang hidup ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.
9) Munazham Fi Syu'unihi, Teratur dalam urusannya hingga menjadikan kehidupannya sempurna dalam segala hal yang menjadi tanggungjawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan cara yang baik.
10) Nafi'un Li Gharihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seorang yang bermanfaat dan diperlukan. Kewujudannya akan menjadi kebahagiaan bagi orang lain dan ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.

Mudah-mudahan dengan 10 karakter yang dikemukakan di atas menjadikan kita lebih bermotivasi diri untuk dapat merealisasikannya dalam kehidupan kita. Amin