Pages

Monday, 7 March 2016

Perkongsian Ayahanda Ahmad Ammar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdullilah. Syukur Allah beri nikmat tanpa henti. Sama ada sedar ataupun tidak.
Kelmarin,5/3/2016. Aku berkesempatan menghadiri program fenomena Ammar. Dulu pernah juga ada dibuat di UUM tapi xdapat pergi masa tu. So,kali ini aku tekad mahu pergi.Syukur sebab Allah mudahkan semuanya.
Siapa tidak kenal dengan Allahyarham Ahmad Ammar? Insan yg Allah pilih untuk mati syahid sewaktu beliau dalam perjalanan untuk mengajar ilmu. Dikebumikan bersebelahan salah seorang sahabat Rasullulah s.w.t di bumi Turki.
Jadi, aku ingin kongsikan perkongsian yang dikongsi oleh Ayahanda kepada Ahmad Ammar iaitu Tuan. Haji Ahmad Azam.

1.Niat untuk menjadikan anak ni sbg hamba Allah, khalifah Allah yg terbaik.

2.  Bgaimana utk menjadikan beliau menjadi pemimpin yg bertaraf dunia.

3. Modul pemimpin yg kita nak ikut.hadis nabi..Pemimpin yg terbaik itu yg pemimpin yg mmbuka kota konstinopel (istanbul,turki) =sultan muhamad Al-fateh.

4.  Perancangan utk mnjadi pemimpin bertaraf dunia. Ada 3 perkara yg perlu dititikberatkan-akademik mesti bagus,spritual,dakwah
Ketika umur 25tahun kamu kena kawin spya ia xbercinta-cinta monyet (kamu matang).

5. Bila kita merancang,kita kena yakin. Bila niat kita betul.Allah Taala akan memakbulkan cita2 kita.  ( bapanya merancang umur 40 tahun utk menjadi pemimpin tetapi umur 20tahun dipanggil menghadap illahi).

6. Bgaimana nk memastikan perancangan kita ini berjaya?? Mak dan ayah kena menjadi insan Ummatik. Keluarga yg sentiasa ingin membantu orang yg memerlukan,melakukan kerja2 kebaikan.
Allah akan menolongnya selagi mana kita menolong orang lain.

7. Wajib utk kita merancang,berusaha,berkorban. Berjaya ataupun tidak perancangan kta itu tugas Allah. Perancangan yg gagal itu bukan kehendak kita tp perancangan Allah. Kehendak Allah sentiasa yg terbaik.

8. Kita suka ataupun x kita harus redha akan takdir Allah s.w.t.
Perkongsian ini yang sempat aku taip guna hp. Sebenarnya aku bawa buku nota dengan pen tapi boleh pula pen tu xda ink . Sabar jak la.
Selain Ayahanda Ammar, ibunda nya pun ada buat perkongsian dan Kak Amie Sofia juga antara panel yang hadir.Comel jak tengok Kak Amie.
Sampai jumpa entry seterusnya. Doakan aku supaya rajin menulis. Sebenarnya ada 2 draf yang sampai sekarang belum dipublishkan. .InsyAllah dalam masa terdekat kalau rajin buka laptop baru akan publish. 

Wassalam.




Alhamdullilah,sempat mengambil aura ibubapa hebat ini.

Jawapan-Jawapan Yang Tak Patut Korang Jawab Semasa Temuduga

Hi assalamualaikum w.b.t

Kemain ko bibie letak tajuk panjang-panjang. 

Oleh kerana sekarang ini aku dikira macam jobseekers atau org bugis cakap bambong, aku kena perihatin bab-bab interview ni.

Terima kasih banyak-banyak sama facebook sebab dengan adanya media sosial ini, aku boleh ambil dan simpan untuk kegunaan masa akan datang. Cehwah. Dan dengan adanya blog ini jugak,aku boleh simpan dan dirujuk kembali pada masa akan datang.

Dibawah ini merupakan antara jawapan-jawapan yang sememangnya tak patut korang jawab semasa interview.Terima kasih kepada siapa yang membuat . Aku bagitahu awal ya,ini bukan aku punya k. Jangan pula nak saman lepas ni.





Friday, 28 August 2015

Saya budak praktikum

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya lah tidak conteng-conteng di belog kesayangan ambe ni. Alhamdullilah , hari ini genap 1 bulan 1 hari aku berpraktikum di RTM Sandakan. Jadi faham-faham la kan, belog kali ni cerita pasal apa kan. kihkihkih.

Masa mula-mula aku datang sini, aku fikir aku xda kawan intern yang lain disini , tapi syukur Alhamdullilah, ada juga kawan ku ber'intern di sini bukan 1 orang tapi 8 orang termasuk aku berpraktikal di RTM Sandakan. Amekaw, ramai lagi tu. Yalah, bayangkan kalau kau sorang2 ber'intern disini, memang tidak tahu buat apa, pandai-pandai la kau cari kerja sendiri. Apa yang aku mahu kongsi disini pengalaman selama 1 bulan 1 hari di RTM Sandakan ialah apa yaa.. erm.. Setakat ni masih terasa 'seronok' kerja di RTM . Sampai ada sudah angan-angan mahu kerja sini . Etchinggg. 

Aku di RTM ditempatkan dalam unit Rancangan which is segala yang berkaitan skrip , rakaman suara , editting and so on itu antara skop kerja aku la. Kalau kamu pernah sudah dengar rakaman hari kebangsaan di radio Sandakan 90.1 fm.. adidihh.. Asal dengar suara sendiri di radio memang 1st tu tidak percayalah tapi 2nd tu malu jugak la. Sebab malar kan. Dah dah..tambah blushing nanti muka ku.  

Alhamdullilah jugak, Staff-staff disini semua baik-baik belaka. Semua sporting belaka.  Semualah yang baik2. InsyaAllah , semoga berterusan. 



BTW. Aku disini dipanggil Farhana... kihkihkih.





Monday, 15 June 2015

Terima Kasih DR. N



Assalamualaikum w.b.t

Secara tiba-tiba malam ni rasa mahu update sesuatu dalam belog kiteee... *😁

Saya ada seorang pensyarah yang semamangnya baik dan sangat caring sama student2 dya . Mula mengenali beliau semasa semester 2, beliau ajar subjek HCI. Subjek tu subjek killer kot tambah2 lagi Dr. N yang ngajar. Memang dari semester 2, asal aku masuk kelas HCI mesti jantung tu dupdapdupdap. Padahal bila dah dalam kelas dya, selalu jak pun memancing.. *😴 . Pastu bila semester 5 ni pun, jumpa lagi dengan DR N, walaupun pada awalnya memang mengelak kalau dia yang ajar.. tapi dah dia jak masa tu lecturer yang mengajar subjek WWW .. kena masuk jugak lah. Subjek WWW ni subjek programming yang fully coding dan of course bila masuk kelas dya,buat project dya, quiz dan final exam semuanya sentiasa buat jantung dupdapdupdap tapi syukur alhamdullilah,akhirnya pass jugak subjek WWW tu.

Sebenarnya Dr.N ni dekat kelas je tegas, tapi kalau rapat dengan dia didalam kelas dan diluar kelas confirm dia bukan seperti yang kau sangka. Kalau diluar kelas,dia seperti seorang kakak yang sentiasa caring dengan adik2 nya dan lagi satu yang aku paling suka tentang DR.N dia tidak jemu memberi nasihat. Ya,macam aku cakap tadi.. Aku pun pernah jadi seorang cikgu, didalam kelas jak garang , tegas macam singa ya la, itu adalah salah satu sifat guru yang perlu ditunjukkan dengan murid supaya murid respect kat guru dya. Kalau dalam kelas kau da ayu-ayuan dan lemah lembut, confirm student akan respect kau hari pertama je,hari kedua dan seterusnya student akan naik kepala. 

4 hari lepas, lepas jak hantar report FYP tu, kami ada lah pi bilik DR. N .. bincang-bincang pasal tempat internship sambil2 melepaskan rindu *ececece ... Dr. N ajak makan sama-sama, ya lah dah final sem kot kami.. jadi tadi baru kami pun bercadang makan kat gerai dekat roundabout tu dengan DR.N. 

Kalau kelaparan memang macam ni, dari tengahari kot xmakan. Hujung2 semester ni kena berjimat sikit. *yalah tu bibie oii

  
Lain juga kalau sudah kenyang.senyum sampai ketelinga... Maaf salwa, tertutup pulak muka hang.

Terima kasih Dr.N sebab belanja kami makan. Terima kasih juga ilmu HCI & WWW. 
Terima kasih atas segala-galanya. InsyaAllah, tahun depan baru jumpa lagi masa hantar report. Saya sayang Dr .... 😘😘😘😘

Ok. sampai sini dulu. baru ada mood maw buat assignment discreet ..hahaha... Sampai ketemu entry yang akan datang. Selamat berpuasa lagi 3 hari.

Saturday, 13 June 2015

Reward untuk diri sendiri.

Assalamualaikum w.b.t

Macam makin lama makin tidak ter'update ni blog kan. Maafkan saya. Final year kan jadi kesibukan tu memang ada ... Sekarang minggu exam. Gap lama ni macam terdetik hati mahu update sesuatu.

2 hari yang lalu ( 11/6/15 ) ,  dengan rasminya FYP dan report berjaya disiapkan. Alhamdullilah...
FYP aku tidak lah se-GAH & se-hebat FYP kawan2 yang lain tapi aku sangat puas hati dengan kerja aku yang hampir 98% hasil keringat ku sendiri, hasil air mata ku , hasil ketawa ku.  FYP ni bukan individual pun tapi group .. Tapi entahlah, malas mahu cakap. 


Masa pandang report & project ni , serius rasa mahu mengalirkan air mata. Sebab kita sendiri yang tahu macam mana susahnya dan peritnya sepanjang buat benda ni.. Dengan sikap partner lagi, asyik kena reject dengan SV lagi dan macam2 lagi... Ya Allah, syukur sangat dah lepas semua benda ni. Rasa ringan terus bahu. 

2 hari sebelum submit project FYP & report ni, roommate aku ada ajak aku pergi Kuala Perlis pekena ikan bakar disana dengan kawan-kawan blok. Mulanya, aku memang tidak mahu pun pi Kuala Perlis tu.. Tapi roommate ajak sekali lagi..aku pun terima la ajakannya tu sebab aku cakap dalam hati; 

Apa salahnya kau reward kan sesuatu untuk diri kau setelah bersusah-payah. *KAN 

Kalau aku, aku suka menrewardkan *amboi bb MANGLISH kau sesuatu selepas berusaha untuk menyiapkan sesuatu kerja atau dapat keputusan bagus dalam exam ka atau dapat kerja ka atau apa2 yang buatkan aku rasa bangga dan berpuas-hati. Sebab aku akan rasa aku patut diberi penghargaan.*HAHA . Tidak kisah lah apa2 bentuk reward yang aku bagi untuk diri aku sendiri antaranya yang pernah buat,aku pergi makan dengan kawan2, shopping , belanja orang dan yang paling worst reward aku buat untuk aku sendiri adalah "tidur" *HAHA




Masa aku buat keputusan mahu join dorang pergi Kuala Perlis, aku ada bagitahu dorang yang aku teringin mahu pergi bendang. So, dorang betul2 bawa aku pergi bendang. Ngam-ngam lagi pada masa tu bendang tu tengah menghijau... MasyaALLAH, cantik. 


Memang senyuman tidak pernah putus lah masa tengok bendang yang menghijau waww waww ni.


Terima kasih korang sanggup tunaikan hasrat sebelum meninggalkan UUM ni. Terima kasih Kak Iera, Zati dan Naza. Simpan memori ni baik-baik tau. Lupa mahu kenalkan, dorang ni kawan blok aku dari semester 1 dan yang tudung hijau ( Kak Iera ) roommate aku.. *hi kak iera.

Okay, daaa.. Sampai ketemu entry akan datang.