Pages

Thursday, 13 June 2013

Manja

Assalamualaikum w.b.t

" Kawan-kawan , maafkn itew eh...itew lama dak hapdet bLog itew..bukan apa kawan-kawan .. itew sibuk nak final exam la, sebab itu itew x hapdet blog " 

- Nukilan gadis manja * dah geli tau tak

- Gambar hiasan  -

Selamat datang Syaaban .. 27 hari lagi sebelum menjelang bulan Ramadhan.. InsyaAllah..  Selamat berjuang dalam peperiksaan warga UUM dan sewaktu dengannya dan selamat mula bercuti kepada yang sudah habis berjuang dalam peperiksaan.. jangan lupa sentiasa berdoa supaya memperoleh keputusan yang membanggakan.

Aku sekarang ada GAP dua minggu sebelum kembali berjuang ke medan peperiksaan. Tinggal dua kertas lagi perlu di tempuh .. dan esok aku kena hantar dah final report untuk subjek System Analysis & Design sekali presentation. Memang budak multimedia,awal-awal sem banyak goyang kaki, sekali maw dekat final exam baru kelamkabut menyiapkan projek , report dan assignment yang ada.

cukup untuk intro . Bebalik kepada tajuk entry diatas .. MANJA .. yess, mungkin nama orang.. seperti nama kawan masa di KUIS dulu dan arwah abang atok ku. Dan itu bukanlah namaku.. Menurut kamus dewan , manja ialah kelakuan kebudak-budakan ..  jadi ??

 - kawan saya komen salah satu gambar dalam facebook -
*agak peliks disitu

seriously , memang aku terkejut baca ni .. kadang-kadang terfikir gak.. manja ka aku ni ??? manja macam mana sampai orang aku fikir aku ni manja ?? hurmmm...*fikir..


mungkin bila kita dah lama berkawan dengan seseorang akan tahu sikap kita, dan mungkin itu la sikap yang kita pamerkan sepanjang perkenalan kita sama orang tu. 

paling tak tahan komen yang no.4 tu .. hehe , memang selama ni tak sedar pun macam mana sikap kita sama kawan kita .. bukan riyak ka apa " ei , ei , iteww manja laa "  yaiii geliks + maw muntah ... 

yupp , mungkin saya seorang yang manja tapi dengan kawan rapat dan family sahaja   dengan orang lain saya ni garang macam singa..haha , cuba tanya anak-anak murid saya dulu.. teringat ada kawan saya tegur saya dulu :

kawan : aku kan ndak pernah tengok ko senyum ?
saya: =______='

maaf la. saya memang macam ni .. lagi-lagi sama lelaki .. bukan sombong ka hapa..tapi memang saya tidak pandai mahu memulakan perbualan.. THE END 

#EntryApaKauTulisNiBibie  NdakSiuk


Monday, 6 May 2013

Orang yang pertama.....

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :

Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :


Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :


Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :


Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada 
hari qiamat :

Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :


Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)



7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :


Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :


Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:


Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:


Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:


Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :


Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:


Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :

Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :


Saad bin Abi Waqqas RA

16.Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:


Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :


Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:


Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : 


Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:


Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :


Khadijah binti Khuwailid RA

22.Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :


Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:

Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :

Muawayah bin Abi Sufyan RA

25.Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :

Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :


Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:

Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :

Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29.Orang yang pertama digelar Al-Muqry :

Mus’ab bin Umair RA

30.  Orang yang pertama masuk Syurga :

Nabi Muhamamad SAW


Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga 



kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah



Wednesday, 1 May 2013

Random Update

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja swasta mahupun kerajaan di luar sana ..

Malam ini saya raajiiinnn yang teramat.Saya rajinnn saya akan update blog..*wuhhhuuuu
Oleh kerana sekarang ini minggu cuti Labour Day dan cuti untuk PRU .. aku akan meng'Qada semua benda yang aku tak buat semasa cuti mid sem yang lalu ... *하하하하하하하하하

Dan pada awal-awal pagi ini , aku akan menceritakan kesinambungan entry yang lepas iaitu perkara-perkara yang aku buat semasa cuti midsem yang lalu. Yang pertama entry pasal Media Prima , dah settle dan kali ini pasal pertukaran maklumat antara budak multimedia UUM dan UPM .. 

Lepas jak dari Media Prima hari tu , kami bermalam di UKM tetapi kami berprogram di UPM.. alah , dekat jak pun... tapi seriously UPM dan UKM memang besaq .. sudah terbayang-bayang macam mana klu hari tu UPU aku dapat di IPTA ni...


Berbalik pada cerita asal, kami start program pada malam kamis 4 April .. seperti biasa , perkara pertama yang akan dibuat jika pertama kali jumpa ialah sesi taaruf..yang uniknya taarufnya ni,kena ada trademark..ahh,bayangkan ada 30 peserta situ dan 30 peserta tang tu juga kena hapai trademark dorang... 

Assalamualaikum..
 Nama saya Noor Farhanah 
Asal Sabah
Panggil Bibie
trademark : Okay bha kalau ko..


tapi dalam kebanyakan peserta tu satu pun aku tak ingat nama dorang , apatah lagi trademark dorang..kihkihkih.. tapi kalau yang budak UUM tu hafal lah sebab dah memang kenal.. Habis jak sesi taaruf terus sesi LDK telah pun bermulaa..


 seperti LDK yang biasa..
firstly , kami akan duduk dalam kumpulan .. dengar fesi bercakap maw buat aktiviti apa..


yang ini aktiviti yang dikelolakan oleh UUM ..
memang jarang dibuat .. macam upacara risik - merisik pun ada..


 Barisan Budak Multimedia UPM , memang sporting yaw.. !
sesi ingat-mengingati nama..




Suasana semasa aktiviti berlangsung..
*maap gambar yang blurr.




Yang ini aktiviti .. erm , macam spontan
bayangkan yang hanger tu ialah gadget.. promosikan..
Nasib baek kumpulan aku ada budak senior ni, jadi apa-apa dya la yang jadi ketua..
*maaf wan..


kusyuk la sangat kan berbincang .. hehe..
seriuusss semua aktiviti dorang buat bestt .. feel jadi bebudak jap..


 tengok kami semua buat muka happy .. 
ntah apa yang lucu sangat sampai terlalu gembira ni.. *alhamdullilah


 yang ni aktiviti dari UPM .. 
aktiviti bagi pisah nat .. dan dalam box tu ada ais...
fuhh... sejukk gilaa..
oleh kerana aku tak tahan sejuk,aku merelakan orang lain p buat aktiviti ni..

ESOKKK NYAA...

Jika semalam aktiviti macam bebudak comel , esoknya pula aktiviti matang sikit..


Acara kemuncakk !


1.  Tayangan Flashmob dari pihak UPM..
2. Aktiviti dari UUM dikendalikan oleh Hafiz dan Wan ..selaku senior Multimedia
3. Tayangan 3D .. *fuhh, dasyat gilaaa , takjub sebentar
4.  Terima kasih UPM kerana menambahkan lagi koleksi buku nota saya..
















Teknologi Kinect.

maklumat lanjut click ini : Kinect

Kinect salah satu teknologi baru yang baru aku tengok.. kalau kamu pernah tengok benda alah ni maknanya aku yang lambat.. tapi Teknologi Kinect ni memang terasa betul dunia dihujung jari .. sebab tak payah dah guna mouse kalau maw click apa-apa..
Lepas ni penjualan mouse akan merundum pada masa akan datang.
mungkin tahun 2047 , Mouse tidak lagi dikenali sebagai Tetikus tapi Tikus.





Sahabat yang sentiasa mewarnai hidup saya..
sayang kamu kerana Allah s.w.t

 Kumpulan 1 tempat kedua.. kurang dua orang 
Hebakkk 


Oleh kerana , wifi di UPM yang laju dan PC ni terlekat jak di dinding 
..kawan saya pun memanfaatkan peluang yang ada.. siap berebut lagi..
adehh kejakunan disitu...




Gambar diatas ialah lokasi pengambaraan untuk Lagenda Budak Setan...
memang cantikk dan sangat indahh..Untung UPM ada panorama seperti ini
*Subahanallah..


Okeyh, ini yang terakhir..

Terima kasih warga Multimedia UPM sebab menjemput kami..Thanks for the memory..
InsyaAllah, kalau tiada halangan SMMTC Week kita berjumpa..




Saturday, 27 April 2013

Media Prima is the bestt Broo

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah.Alhamdullilah.Alhamdulillah.. 


Kali ini , aku nak cerita pasal cuti Midsem aku yang lalu  yang memang tersangat la sebokk sehingga segala Assignment langsung tidak disentuh...

4 April yang lalu , Kelab Multimedia, ada menganjurkan program iaitu Melawat Media Prima & Pertukaran maklumat dengan pelajar Multimedia UPM.okeyh,yang ini aku cerita entry lepas ini.Itupun kalau diingat ..hehe. Memang selama ini tengok dalam  TV3 jak la suasana media prima tu, macam MHI , WHI dan BH .. memang dalam tivi,semua tu nampak set tu besar & luas jak tapi sebetulnya x luas juga dan x besar juga.." Huu,memang pandangan mata memang selalu menipu..hukhuk" Tapi memang pernah terlintas dalam hati jugak , apa la rupa sebenar atau disebalik tabir MHI,WHI dan BH tu.. 

okeyh  dah.. Malas nak taip banyak2.. cukup untuk pengenalan itu sahaja.

Lokasi : Media Prima ,
pemandangan diluar bangunan dan security disitu memang la amat tegas .. 
*dah,namanya security,kenalah tunjuk muka berwibawa kan..


Sebelum masuk kena pakai Sticker ni
*Sebab , kalau x pakai sticker ni,kami mungkin dianggap staff disitu , paling tidak pun dianggap artis..haha..sebagai langkah berjaga2 pakai sticker yang menandakan kami adalah pelawat


Antara yang boleh dilihat dalam bangunan Media Prima ..
Lawatan kami ni fokus untuk TV3 jak , Oleh kerana masa tidak mencukupi,set TV9 , TV 7 dan 8 TV tue kami tidak sempat untuk dilawat..

Perghhh , memang Multimedia betul lah dalam bangunan Media Prima ni,
Kiri Kanan , Apple , MAC OS , TV banyak-banyak , Camera...
*Pening Sat dengan teknologi-teknologi ini..


Lelaki itu adalah tour guide kami, En.Faris..
Memang Sporting dan siap untuk tolong gambar kami lagi sebab kami-kami yang pelawat ni terlalu syok dan teruja masuk set ..

Ini adalah set Berita Harian ( BH ) yang lama...
*Macam jadi pemberita 5 kepala jap ..

Ini pula set untuk MHI ..

Bibie : Apa pendapat kamurang tentang isu globalisasi yang sedang melanda dunia sekarang!!
Jue ( TudungPink) : Xdapat jawab, senyum jak laa...
Unie (Shawlputih ) : apa beno susah soklan ni, ada dalam kertas ni x??

*poyo(s) konon berlagak macam sedang ditemuramah betul ni..
apa-apa pun, terima kasih cameraman..Nice shot yaw !!


( Atas Kiri ). Gambar dengan Peminat 
( Atas kanan ). Ada Peminat maw gambar curi-curi , jadi terpaksa tengok dia dan senyum
 ( Bawah Kiri ) . Pengacara sedang buat Live " Muslimah Hari Ini (MHI) " ..
( Bawah Kanan ).: Kata Pengarah, Awak tak sesuai jadi Pengacara,jadi saya lucutkan awak jadi CameraGirl pulak .. +.+'

Budak Multimedia + IT + Staff + Lecturer...
thumbs Up  !

Lelaki itu adalah Pemberita , x silap namanya NIZAM .. erm , yaka..
*maaf  saya tengok berita tv1 ..hehe ..jadi x kenal

Gambar atas : Perempuan baju hitam itu juga merupakan tour guide kami.. dan memang sempoii .. 

Nama pun Media Prima mesti ada artis kan...

1 - Hunny Madu.. Ommoo , serius comel
2 - Teh Syuhada - Cantikkk , kalau labuhkan shawl tu lagi mesti lagi cantikk
3 -  ermm.. siapa ya? lupa dah namanya..
4 -  DJ Suraya - Walaupun tengah ON Air , sempat jugak layan kamek ni.. thanks!

 Lepas dari Media Prima , kami ke bangunan sebelahnya..
Shopping Mall One Utama 
- Lorhh dekat je rupanya..


We are The Daling .. kurang dua orang ..
( Bondeng , Enceng , Tobek & Bibo' )

Atas kiri : Muka lapar ... 
Atas Kanan : Eh, ada menu la...
Bawah Kiri : Nasi goreng ( RM5 + ) , Spagetti ( Rm9+) ..Mahal gilak
Bawah kanan : huu, nasib baik pengarah belanja makan.. jimat duit ,alhamdullilah


Alhamdullilah , done for this entry ..  KBAI ~

Sunday, 7 April 2013

Walaupun lambat, maw celebrate jugak .

Assalamualaikum w.b.t


Maap .. maap .. maap .. agak berbulan lamanya baru maw fikir hapdet blog. Serius ba , banyak ni maw share sama kamurang TETAPI  masuk jak sem baru segala assignment , projek , program yang dak putus-putus datang menghampiri bagai air yang dicincang xkan putus...hehe.

Entry kali ini , telah berlaku beberapa hari yang lepas sebelum cuti midsem dan baru sekarang ada masa baru nak menghapdet,sekarang kan dah cuti midsem jadi kebanyakan masa akan dihabiskan dalam bilik , hadap laptop dan menyiapkan segala projek dan esaimen..

Selasa lepas , aku dan daling-daling aku telah merancang buat birthday party secara kecil-kecilan untuk Jue dan Anna , Sepatutnya birthday Jue ( 23 Feb ) dan Anna ( 17 Mac ) yang lalu,sengaja dikasih lambat2 supaya dorang dua x perasan .. segala drama dibuat sepanjang perjalanan .. alkisahnya.. 


C Unie ambil aku & Aina di Mall . Masa tu, kami 3 merancang memang mau ambil si Jue di Kachi ( birthday girl).. dalam perjalanan ambil si Jue tu, kami pun plan la apa maw dikasi surprise kunun sama si Jue.sekali tu dapat la idea... masa dalam kereta, c Unie bagitaw si Jue,ada meeting petang tu .. berabis ni bercerita-cerita supaya ndak terkantoi ni.. tiba-tiba hp c Unie berbunyi (*padahal Aina yang call si Unie) Si Unie pura-pura ambil hp dan bagi si Aina suruh jawab kunun ..

Aina : Hello , sorry ya, si Unie tgh driving ... blablabla~

dah tu,si Aina abis bertelefon (*b'call sendiri) dia kestaw la kami yang meeting tu batal..si Jue pun time tu masih ndak tau apa yang sebenarnya terjadi ni.. aku pun apa lagi..

bibie :  " Apa..makan kita di Misc ?? "
Unie : "Apaaa"
Aina :" Jom, lama sudah kita x makan sama-sama kan.."
Unie :" jom ambil si Kas.. Jue, telepon ko si Ana suruh turun..kita makan sama-sama"
Jue : "ba..."

 lepas ambil si Kas, kami berlima pun menuju ke Cafe Dpp Misc..aku sengaja kasi tinggal keropok Tasen dalam kereta sebab kek pun dalam kereta,jadi ada jugak alasan kalau maw maw ambil kek nanti...Semasa di cafe Misc tu lagi,sengaja lagi borak-borak yang memang Anna dan Jue fikir untuk makan jak la.Sudah 5min duduk di  cafe tu ,aku pun..

bibie : " alaa, kopok Tasen dalam kereta " ,Kas teman ba ambil keropok.."
Kas : " ba , jomm"

Aku dan Kas pun ambil keropok Tasen kononnya sekali ambil Kek di kereta..masa maw pi cafe tu balik c Aina dan Anna pun tengah beli air ni..terpaksa bertapuk dan menunggu kejap sampai dorang duduk.. Si Kas pulak kononnya p tempat c Unie , tanya mana satu button unlock kereta ni sebab dia maw tengok line clear ka sudah atau belum...

Agak-agak da line clear tu , aku dan Kas pun masuk sambil bawa kek...SELAMAT HARI JADI ..lalala -cerita tamat-

   Watak Utama pada hari kejadian .. Jue & Anna

  Keroppi + Kek pelangi = Alhamdullilah kenyang ;p


Maap terpaksa buat muka jellek :p
The Daling .


Yang paling penting Keropok Tasen yaww

Terima kasih kepada orang yang buat montage untuk kami ... so sweet ...
toching ni masa tengok. T.T