Pages

Thursday, 25 October 2012

Ini kali laaa

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Nampak tak aku sekarang tengah rajin hapdet entry.. sila tepuk tangan sekarang...

Sekarang di UUM makin lama makin sunyi.. xda dengar bunyi orang bercakap , ketawa-ketawa , lepak2 di cafe , semua sudah balik ke kampung halaman masing-masing menyambut Aidiladha yang bakal menjelma..

Hari ini , cheq nak habaq pasai Program yang cheq ikut beberapa minggu yang lalu.aihhh...kena cakap sabah ni , mati aku kena kondem cakap kedah disini..okay bha kalau hangg.. Program Induksi Anak-anak Sabah ,  peserta nya ofkos la semester satu alalala macam orientasi la tapi ni budak sabah yang handle...Ini kali laaa , program ni memang bessssssssttttttt saaanngggaaaaattttt .. nampak tak keterujaan aku disini.... ni yang aku nak tambah power 500gb hapdet selaju-lajunyaaa..

Okay , back to story .. kenapa aku cakap program ni besstttt..

* masa 1st perjumpaan

1. Ini kali laa , aku dengar bunyii slank Sabah jakk

* best nya dengar orang cakap slank Sabah.. terasa diri ini bukan di Semenanjung tapi di Sabah tak dak..As you know , aku tak pandai betul oo , dan memang fail la kalau bab cakap slank semenanjung ni kompom tak jadi punya .. so , dengan kuasa veto aku..aku still pakai dialek sabah walaupun cakap dengan orang Semenanjung.. biar dorang taw aku ni orang Sabah bukan orang Indoonn..Ada Haku Kesaahhh !! bangga apa di kenali sebagai budak Sabah..


2. Ini kali laa , budak sem 1 berkumpul berprogram

*Yezza , walaupun aktiviti yang dorang buat ni x semua aku join ( * explorace ajolah aku x join ) tapi memang semangat ni sebab di layan macam adik-adik ( * walaupun fesi nya satu umur ngan aku , terpaksa ber'abang2 @ ber' kakak la jga panggil dorang ) respect okay .. selalunya kalau ada program , fesi mesti anggap peserta tu peserta atau ni la masanya maw buli-buli dorang tapi FYI, fesi-fesi time induksi ni memang terbaikk .. memang careeeeeee ..mappakoe 

*ini hanya segelintir..

 *kan aku cakap ramai yang join..

*serius , serius  dengar apa yang dicakap .

3. Ini kali laa , masuk hutan jam 1 pagi

* waahhh .. memang best time ni .. sebenarnya bukan masuk hutan pun tapi berjalan area campus start jam 1 pagi... nasib baik la budak perempuan dilepaskan dua @ tiga orang kalau tidak , maw aku menangis di tengah-tengah malam tuu..seperti biasa , aku mestilah sama BFF aku ..kami kump ke-4 dilepaskan tapi kumpulan pertama yang sampaii..cun kan .. masa tu , muka nampak cool jak .. tapi dalam hati , berlagu-lagu alunan zikrullah , ayat kursi , doa syifaa.. sebagai pendinding .. takut jugak kalau ada apa-apa yang terjadi..palis-palis..minta dijauhkan .. phuh..phuh..phuh.. ada jugak time ni aksi-aksi lucu , ndak juga tahap ketakutan tu dup dap nya laju-laju..ada satu part tu , fesi nya bertapok dan aku dan ana jumpa simpang kiri atau kanan..apa lagi..

aku : maw ke kiri atau kanaaaaaaannnn
fesi : kanaaaaannn..

time ni , fesi tu macam maw bagi takut la tapi xjadi ..punya aku dan ana tahan gelak's ..tapi cover2...*bluekk .. 


*okay , yang ni masa berjalan2 d dalam gelap .. 
ntah kenapa c ana maw gambar-gambar lagi , aku pun On jak lahh padahal dalam hati
*takut..takutt

4. Ini kali laa , banyak kawan baruuuu

*weinaa , part kawan ni paling aku sukaa..memang sporting dorang ni.. mula-mula kenal terus jadi kawan , perghh memang terbaik la geng.. macam semua sem 1 situ , semua jadi kawan .. tak payah la skema sangat ber' akak , ber' abang..sebab kita lahir pun d tahun 90-an (*sedar bibie , ko tu da berpangkat akak ) .. lepas ni , boleh la lepak sama-sama , tidur sama-sama...kan kan kan 

 * with suhaira .. junior aku masa d smas
masa ni tgh berlakon 

 *kan aku da cakap , ramai kawan baru sini..
Sem 1

 * masa presentation 
habis kena bomm dengan soalan..

 * senior & junior ..
mappakoe 

 1 , 2 , 3..
1, 2, 3

 Sebelum program bermula...





Bha , sudah la.. balik-balik pulak aku cakap " Ini kali laa.. " .. bukan apa.. macam trademark pulak ni taw..BTW , aku mengharap sangat program begini , konsep sebegini dapat di teruskan (*macam dibaca pulak entry ku oleh penagarah program ni ) .. aku rinduu time program ni taw , walaupun hanya dua hari 1 malam tapi kenangan tu bha semua manis.. okay , assignment panggil-panggil nii..daa~

Pak Abu tidur pakai tilam,
Okay bha selamat malam.

* bertapok = menyorok
*mappakoe = terbaikkk

Wednesday, 24 October 2012

hai hai hai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rindu tak ngan aku ... agak lama sudah bersawang ni blog kn.. kalau ada labah-labah , cicak , lipas .. mesti sudah menapak di blog aku nie kan...Okay, sebenarnya daku merajinkan diri untuk menaip dan berkongsi sedikit sebanyak apa yang berlaku selama hampir sebulan aku tak berblogging ni... Meh sini aku cerita satu-satu..

1. I OFFICIALLY STUDY AT UUM
Aku da sebulan dah duduk kat UUM ni , sepanjang sebulan ni la aku busy memanjang.(busy la sangat).. hehe,okay kira busy la kan..Yalah, kalau dekat KUIS dulu , jarang berprogram tapi dekat sini amatlah kena merajinkan diri untuk berprogram walaupun sebenarnya diri ini amat malas da..Course aku kat sini "Ijazah Sarjana Muda Sains ( Multimedia ) .. xda kena mengena pun course yang aku ambil masa diploma dulu hokay..baru la aku paham " What Is Programming ??" tapi masih blur2x lagi sebab aku masih tak pandai main coding2x ni..takpa, aku kan budak baru belajar...

Jom terbang ~ 


with Unie 
- kawan yang sentiasa berkejar-kejaran ke kelas -

2. Abang Fawwaz Sudah Pandai Pesu'
Fawwaz ( anak buah aku ) dah pandai pesu la weii.. woii bibie apa tu pesu ?? susah la aku nak terangkan , macam mana ya, erm baby yang baru pandai nak merangkak-rangkak  bergerak dari satu tempat ke satu tempat .. paham x ??? buat-buat paham ajolah...aku sebagai makcik yang paling teruja amat la gembira dengar berita ini daripada ibunya..alalala mesti comel..

- Fawwaz Zhaqirin , da pandai duduk la :) -



nie la yang aku masukkan Pesu' tu ... 
paham daa..


3. Kakak Aku Nak Kawennn....
Ya Allah , best nya dengar berita ni.. tapiii... aku tak dapat attend la masa kakak aku kawin.. mana taknya , dya kawin masa aku tengah final exam..wallaweii...napa la tak tunggu sampai aku balik..aku ni kira orang penting dalam majlis kawin tu taw.Bluerk.tapi biarlah..doa dari jauh je la.

4. Rosalinda Ayammorrrr..
percaya atau tidak , aku ikut menari weii anjuran DPP .. dapat tema america latin .. hah, amekaw.. baru yang kena budak semester 1 .. hah, aku la tu antaranya..bayangkan badan kayu ni menari atas pentas, buruk nohh jadinya...naseb baik pakai mask, tak la malu sangat.. harap-harap tak dikenali la aku sangat. hehe .. lagu tema Rosalinda ni la background music ni.. kami dapat no.3 walaupun tak di umum masa tu penyampaian hadiah tu.. ko hahdo ?? 

 ce teka mana aku ..??
okay , the dancer Rosalinda Ayamorrr

5. Kawan Baruu.
seperti biasalah , tempat baru .. kawan mesti pun baru... roomate pun best , sporting .. awal-awal perkenalan memanglah segan silu shy shy cat, pheuwww...tapi sekarang , dalam masa sebulan jak , kami da jadi adik - beradik .. apatah lagi , aku suka join program , bertambah ramai lah kawan baru ..tengokk betapa mesra nya aku ni. HahCummm .tapi aku ada perancangan, sebelum aku grade, aku nak  ada satu dua orang kawan dari Indonesia...YEsss, kenapa ... sebab aku suka dengar dorang cakap.. ala-ala macam aku tengah berlakon dalam sinetronjam dua tv3.Bluek.

 - with Unie & Wawa -

 - bergambar di cermin pun jadi la -


kawan baru ada.. kawan lama masih setia euw euw .. 
touching +.+'


Sudah cukup cukup sudah ,
Cukup sampai disini saja,

 aku kongsi apa yang berlaku dalam sebulan ni.. Ok la.. aku nak tengok cerita lepaskan tension dulu sebelum buat assignment yang berlambak-lambat tinggi membukitttt tu.. 

Pak Abu makan buah pelam,
okay, selamat malam..



Monday, 17 September 2012

Aku dalam dilema

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni update entry sambil mata kat tv , tangan kat keyboard dan fikiran xtaw dimana...

 D I L E M A , D I L E M A , D I L E M A 

Ya Allah , apa aku nak pilih ni ? terima atau tidak ? 

kalau aku tak terima, masih adakah peluang seperti ini pada masa akan datang ? kalau aku terima , adakah aku akan tidak  menyesal  jika aku terima peluang ini. , dapat kah aku bawa subjek ni yang hampir semua full English.. =.='

Ya Allah ,  mudah-mudahan ini la pilihan terbaik . mudah-mudahan dengan pilihan ku ini , baik untuk ku , keluargaku , agamaku.. mudah-mudahan dengan pilihan ku ini , aku tidak akan menyesal di kemudian hari .. Robbi yassir wala tu'assir ..Allahuma Amin.
]



Sunday, 9 September 2012

Live Well or Live Hell


LIVE WELL OR LIVE HELL
YOU CHOOSE !!

Raya Saya 2012

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh...

Sambil-sambil merehatkan mata dan berhenti seketika daripada mengadap novel " ROOFTOP RANT by Hlovate  " ..  Sementara syawal yang hanya tinggal seminggu lagi ni ,  aku nak hapdet lajulaju sementara line brodband ni sangat la superduper baikk + smooth jak aku online di tengahari sabtu ni... eh , ahad pulak..

Seperti tahun-tahun lepas ,  aku akan beraya di Tawau .. tapi tahun ni yang sedihnya , Abang Gai is my brother tidak raya bersama kami T__T sobab tahun ni turn his wife hometown pulak...macam lain jak rasa sebab tahun-tahun raya sama-sama tetapi tahun ni si Abang pulak takda.. mungkin tahun depan si Kak Noey ( my Sister ) pulak yang akan beraya dengan future hubby dia.. mungkin tahun depan nya lagi , aku pulak yang beraya dengan future hubby .. haha..merepek , xdak calon lagi maw kawen..hatttchuiii..

Me : best nya tengok kawan-kawan kolej ku , ramai yang da tawenn..?
Umi : sini la ko bibie , bawak cewek mu pigi rumah.. haha
Me : aku mana ada cewe' umi...macam mana maw tawenn.. :'(


" end of conversation "

Okey , kesitu pulak si Bibie ni cerita bab kawen-kawen yang lari jauh daripada tajuk entry diatas..*SIAPA YANG MULAKAN Ni .. ye , saya tahu saya yang mulakan.. Dari raya pertama sehingga raya ketiga , keberadaan ku di Tawau.. tak kesah la di Jalan Damai , Hotspring , Muhibbah , Megah Jaya , Merotai , pasir puteh..bagi yang tak paham , itu merupakan salah satu tempat yang ada di Tawau.. apa yang best di Tawau ni , sebab kat situ Banyak Keluarga Saya.. hehe..

semua tu akak sepupu saya exccept yang kat tengah tu.. my sis Noey
Mengampit sebab dorang take pic ni yang lahir tahun 1987 tetapi aku lahir tahun 91 .. 
ada aku kesah !! 

 :))

with my Sapok Yen . . agak-agak siapa yang kakak antara kami dua ni..
.
.
tentulah si Yen yang kakak..dan aku adikk..( okey bibie lawak antarabangsa yang x jadi shangatt )

Raya ketiga kami balik Sandakan daa..KERANA my bapa sayang ada oppoinment nya..tapi kat Tawau tu banyak lagi rumah family kami xdapat g .. keluarga sebelah bapa ada lagi yang belum jumpa..InsyaALLAH , ada masa ada kelapangan kita jumpa jugak kan kan kan..
 
Okey , Next.. 

Raya di SANDAKAN la pulak.. Setelah sekian lama tak jumpa kawan-kawan sekolah rendah agama and Sekolah Menengah , akhirnya kami jumpa gak walaupun tak semua turun padang , kita-kita jak pun okey hapa..Lepas balik dari Tawau esoknya , kawan lama aku Anis Sakinah wat open house , waahh. happy ni sebab dalam 10 tahun kami tak jumpa dowh since 2002 .. first jumpa pun masa solat Terawih yang tak disangka-sangka kebetulan kami solat bersebelahan dan mula-mula tu memang perasan macam kenal jak orang ni tapi habis jak solat terawih tu terus tanpa segan silu bertanya orang sebelah : - 

Me : Erm , bukan ko ni Anis Sakinah ka anak Cikgu Lokman 
  ( *Sambil salam cium tangan dengan detail aku tanya dia  )
Anis : eh , yaa.. 
Me : kenal ka aku siapa ?? ( *tanya la dia kot2 still ingat kat aku atau tidak )
Anis : bukan ko ni si Farhanah ka ?? ( dalam hati * amekaw siap nama penuh lagi dia ingat kat aku )
Me : a'ah .. betul la tu ...

Start di situ bermulalah episod cerekarama cerita 10 tahun dahulu bermula..Semasa open house dak Anis ni pun , aku pun jumpa dak Hilman ni , kami ni 1 Sekolah Rendah Agama a.k.a SUIS batu 1 setengah..Pastu kami merancang nak jumpa balik hari Sabtu tu tapi dak Hilman ni tak join mungkin malu kali sebab semua yang join tu pun perempuan jak.. plan punya plan , kami round rumah ustazah-ustazah yang  pernah mengajarkami dahulu dan rumah si Ezzah dan Aisyah Harto. :))

 Rumah Ustazah Fatimah Samsuddin
dari kiri : Ezah , ustazah , Anis , Rumaisyah , aku & adik si Anis

 Terpancar sinar kegembiraan di muka kami setelah hampir 10 tahun tak jumpa .. kecuali si Ezzah la sebab dia dulu 1 SMKA sama aku gak tapi sampai form 3.. tapi kira lama la jugak tak jumpa kn.. :o

 Rumah Ustazah Andi Masna ( tudung Hitam )
tengok apa aku pegang tu , album lama..mencari gambar-gambar lama semasa kami sekolah di SUIS suatu ketika dahulu.Rindu tahap petala kelapan jika diimbas-imbar balik.. dari muka inncent sampai muka innocent balikk..haha .. LOL.

 Dulu kami pengawas kat sekolah.. kira taiko tapi skema-skema tetap ada..haha
aku jak la sekolah kat situ sampai tahun 5 dan semasa tahun 5 tulah aku amik SRU (sijil rendah  ugama )
pastu start situ x dengar da khabar dari dorang ni.. uhibbukifillaH.

 Rumah ustazah Saadiah ( tudung biru tua )
SEE , kami da makin tinggi kalau dulu kitut-kitut jak kami ni..alahaiii

 Umur yang sama , tahun yang sama , Taman yang sama
yeah , Taman Mawar girl's..
si Rumaisyah a.ka Mai ( tudung kuning ) , walaupun kami ni berjiran tapi hampir tak pernah la kami jumpa..
sebab kalau nak jumpa pun mesti salah 1 di tempat yang lain..
dengan izin Allah, kami jumpa setelah hampir bertahun-tahun tak jumpa.. :))


ada lagi kami g rumah Ustazah Naimah tapi lupa maw bergambar di sana tapi yang best nya dapat duit Raya ..terima kasih mama Adek a.k.a Ustazah Naimah.. 

Ya Allah , jangan la Engkau hentikan ukhuwah kami setakat ini sahaja..Temukan la kami lagi di dunia dan di akhirat sana..

Ada banyak lagi gambar tapi hanya ini sahaja yang boleh di sedia kn.. for next Entry untuk Raya with SMASian 08 .. SEE yaa..assalamualaikum

SELAMAATT HARI RAYA AIDILFITRI
SEMOGA RAMADHAN DAN SYAWAL TAHUN NI
MEMBERI MAKNA BUAT KITA
SEMOGA ALLAH TERIMA SEGALA AMALAN KITA DI BULAN YANG PENUH BARAKAH NI.

P/S : da berpuasa enam ke belum ???